Followers

Thursday, January 04, 2018

Ya Baari




 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Al Baari
The Maker
Yang Maha Pembuat / Yang Menerbitkan Makhluk / Maha Menjadikan – Ia menjadikan segala-galanya, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.


Fadhilat Al-Baari

  • Sekiranya dibaca ‘Ya Baarii’ sebanyak 100 X selama 7 hari berturut-turut, ketika berada di dalam kesukaran atau sedang sakit; Insya’Allah akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

  • Jika perempuan mandul berpuasa 7 hari dan ketika berbuka membaca “Al-Baariul Mushawwiru” sebanyak 21 X. Insya’Allah dikurniakan anak lelaki.

  • Sesiapa yang berzikir ‘Ya Baari’ pada siang hari sebanyak 100 X, Insya’Allah ia akan selamat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia di dalam kubur.

  • Sesiapa yang membaca ‘Ya Baari’ sebanyak 100 X, selama 7 malam berturut-turut, Insya’Allah akan disembuhkan segala penyakit yang dihidapinya.

Ya Allah sembuhkanlah segala penyakitku... berikanlah kesihatan kepada tubuh badanku. Aamin.

Copy & Paste : https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/27/fadhilat-asma%E2%80%99ul-husna-%E2%80%93-al-baari/

Wednesday, January 03, 2018

Selamat Tahun Baru 2K18




As salam. 

Selamat Tahun Baru ! 2K18

Alhamdulillah usia kita semua dipanjangkan dan sampai kita semua ke tahun 2018. Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah, diberikan kesihatan tubuh badan dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Annur dah darjah 6. Mama & ayah dah berdebar2, anak nak UPSR tahun ni hahaha kaluit ja, Annur rilek je pun. Doa yang baik2.Semoga Annur boleh buat yang terbaik.Rutin setiap tahun, hari pertama mama & ayah akan cuti utk hantar dan ambil Annur. Semoga semua ini menjadi kenangan indah untuk Annur. Mama & ayah dah berjanji selagi Allah izinkan setiap hari pertama Annur ke sekolah kami akan cuti  begitu juga kalau ada rezeki Annur masuk mana2 IPT mama & ayah akan cuti. Insha Allah.


Hingga berjumpa dilain entry. 

Rabu 03/01/2018


Related Posts with Thumbnails