Followers

Monday, September 23, 2013

cerita saya


salam semua


lama betul saya tak menulis, mood menulis mmg dah lama takde ..nak tutup blog ni sayang plak :( 
al-hamdulillah kehidupan kami sekeluarga masih seperti thn lepas..hahaha masih belum ada tanda2 nak menambah ahli keluarga baharu :) annur kekal sebagai anak tunggal setakat hari ini... lain2 hal macam biasa, seperti dulu2 juga... cerita hal kerja ermm bulan sepuluh ni saya akan tukar ke seksyen lain, sedihnya nak tinggalkan tempat sekarang ni..dah mesra ngan staff seksyen ni... lepas ni saya akan byk berada di kaunter dewan penyelidikan di Arkib Negara Malaysia ... saya ditukarkan ke seksyen rujukan dan akses ..tak apalah terima dgn hati terbuka, boleh belaja banyak benda2 baru :) 

oklah sampai di sini saja...nanti bila2 free sambung lagi cerita :)


muahhhhhhhhhh

 


Thursday, January 03, 2013

dah 2 bulan!



as salam.

hari ni genap sebulan saya menjadi warga ANM ataupun Arkib Negara Malaysia dan bermakna dah sebulan juga saya bukan lg bekerja di Perdana Leadership Foundation. rasanya setakat ini semuanya ok sahaja, al-hamdulillah sihat. hahaha ermmm  perasaan teruja blum lagi pasal kami masih lg dlm rangka lawatan ke setiap seksyen .kalau KP dah keluarkan arahan barulah kami 6 org ni ada penempatan.

hal2 study plak, masih byk lg asgmnt yg perlu dihantar. rasa sem ni paling teruk..asgmnt susah2 belaka dan byk! x daya betul rasanya. kwn2 full-time pun merungut apatah lg km yg part-time tu... sukar sggh rasanya.

owh hari ni hari ke 2 annur bakal ke Sekolah Rendah. semalam nmpk ok je... kasut sekolah sehari je dah lebam...hahaha lantak ko la nak, janji happy. semalam bw bekal koew tiaw hari ni nak bihun plak. annur belum pandai guna duit, so biar dia bw bekal dl, nanti pelan2 dia akan blaja ngan kawan2 nak membeli-belah kt kantin sekolah. oh ya annur sekolah sesi ptg... habis kelas kol 6.30 ptg, sebabkan jauh dari rumah + jem kt jln utama, saya agak dia akan sampai dlm pukul 7.10mlm..sian betul.

Sekolah KAFA blum mula lg... kena tggu kekosongan ingatkan swasta punya x penuh, hahaha rupa2nya awal2 lg dah xde tempat. so just tggu sekolah call kut2 ada kekosongan. Inshaa Allah selalunya ada kekosongan.

eh oklah kena stop dulu, nak hantar annur p mengaji sebelum dia mulakan sekolah KAFA kenalah mengaji cam biasa...  

semoga semuanya baik2 sahaja :)


dah dekat 2 bulan rupanya saya tak update blog ni... hehehe

Related Posts with Thumbnails