Followers

Thursday, November 08, 2012

taktik kotor!



salam semua, 

semalam telah berlangsungnya Hari Terbuka & Majlis Pelancaran Keahlian Pustaka Perdana, Yayasan Kepimpinan Perdana. Tun Dr. Mahathir kesayangan kami merasmikannya :). Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Lega dan rasa puas yang tak terkata...al-Hamdulillah semuanya ok..sikit2 kurang-lebih sana-sini biasalah. yang penting masing-masing berganding bahu menjayakan event semalam. masing-masing ada tugas penting tak kiralah walaupun orang nampak kerja kita tak berapa penting tapi kalau kita tak buat tak boleh jugakan? jadi pada saya semuanya buat tugas penting termasuk cleaner pejabat! yelah kalau depa tak ada, siapa nak cuci kotoran etc?  betul tak? 

semalam sampai je pagi-pagi terus meniup belon hahaha ngan cleaner kena tolong tiup sama..lepas tu minta tolong adik-adik yang ada utk hias dan tiup/pam lg belon...depa siap Google cara nak penyekkan belon yg panjang2 tu.. al-hamdulillah cantik & ceria  perpustakaan kami. tgklah sapo yang beli belon khen...hekhekhek 

owh merepek benda lain saya ni nantilah cerita event ni kalau saya rajin... harap-harap abg murz dah masukkan gambar-gambar semalam dalam server... 

nak bgtau dua hari lepas berjaya menggunakan taktik kotor dengan mengugut kawan saya yang ditugaskan dgn tugas yg berat iaitu membuat montage perasmian keahlian Pustaka Perdana  agar memasukkan gambar saya atas dasar iri hati kawan yang sorang lagi gambarnya terdapat dlm montage tersebut..hahahaha dan beliau dgn paksa-rela masukkan juga gambar saya...hahaha sggh tak low profile diri ini! saya ugut beliau dengan ingin menutup suis kipas dia kalau dia tak masukkan gambar saya. ramai kawan-kawan saya blk lambat setiap hari sejak 2 minggu lepas bagi menjayakan event ni..saya selalunya setakat ini paling lambat pun balik jam 7.30mlm itu pun kalau hari yang saya tak perlu ke "sekolah". beliau bawa kipas dari rumah pasal opis ni jam 5.00 ptg ekon dah off ... hehehe sauna kite wehh klu x bw kipas.

ada sebab kenapa saya suruh beliau masukkan gambar saya...saya nak menjadi sebahagian kenangan  kejadian hari semalam... nanti kita sambung cerita lagi... dah jam 8.00pg

4 comments:

Jasfyra said...

hahahah..suka ngn ugutan ko tu

abahsofea said...

Sue..tolong register untuk aku boleh??

Anonymous said...

saya masukkan juga sebab dah kena ugut kan.. haha.. takuitnyaa...


tp takpe, sbb ini bakal jadi kenangan terakhir utk awak di sini saya pastikan kena masukkan juga..

kasi besa n kasi timing lama punya..

best tak? hehehe

gonna miss u badly... sob sob sob

Aleeya Atinza Saaid said...

heheh suka la tew gambo da masuk haha...

Related Posts with Thumbnails