Followers

Friday, March 23, 2012

muffin


 salam semua :)

hari isnin & selasa dua malam berturut buat muffin 

hari isnin buat choc. muffin ( pic malas nk amik) , hari selasa buat blueberry muffin plak...hehe isnin pasal siangnya puasa sunat, faham2lah kalau puasa, nampak biskut 4 segi pun dah nampak ayam gorem! akekeke nafsu semata.... mkn sket je pastu x selera.cik annur kuar je muffin dari oven terus nak makan...ermm habis seketul walaupun baru lepas makan nasi, siangnya siap bawa bekal p tadika lagi...heran gak bila masa minah ni suka choc muffin? ermm apa pun tetap hepi pasal anak suka makan.

selasa buat blueberry muffin pasal tu fav mak tok :) en abu suka, siap masak je dia terus makan 2 ketul, senyum lebar...tukang buat x rasa pun, rasa cam sebu je pasal wangi 1 rumah bila membakar...

suka ngan cup muffin tu... murah sgt 50 cups baru rm3.50! pasal 2 malam berturut2 buat muffin dah tggl dlm 10 cups je lagi.. hehe nk kena p top up ler ni..nanti tetiba nak buat senang barang semua dah ada...






4 comments:

Nurin Jazlin said...

muffins macam nama kumpulan muzik alternative la. The Muffins...

Kumpulan The Muffins dibarisi lima remaja,

1.(Apex) Zulkarnain bin Zainal - Penyanyi.
2.(Bard) Badrul Hisham bin Abdullah
3.(Ajak) Abdul Razak bin Ramli @ Mohd Shah - gitar
4.(Wan) Mohd Herwan bin Sairon - bass
5.(Nick) Mohd Azrul bin Hayat Ismail - drum.
Menurut Apex, mereka meminati muzik yang dipopularkan oleh Beatles, Radiohead, Dewa dan Padi. Konsep lagu yang akan mereka perjuangkan ialah alternatif. Jelas Apek, sebelum penubuhan The Muffins, Ajak pernah menganggotai kumpulan Stiff River manakala Badrul pula bekas ahli kumpulan Flop Poppy.

Kami bertemu di satu studio di Kuala Lumpur. Waktu itu masing-masing baru selesai menjalani latihan di situ.

Pada pertemuan itu, Badrul telah mencetuskan idea untuk menubuhkan The Muffins.

Menyedari kami mempunyai minat yang sama lalu idea itu menjadi kenyataan. Namun sebagai percubaan dan untuk melihat sejauh mana pendengar boleh menerima kehadiran The Muffins dalam persada seni, NSR mahu Mimpi Lagi dimuatkan dalam The Bands.

“Lagu itu adalah ciptaan kami sendiri.

“The Muffins sangat berbesar hati kerana NSR sudi memuatkan lagu ciptaan kami dalam album itu. Sebagai orang baru tentu sekali peluang itu terus menaikkan semangat kami dan lebih optimis untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh ini.

Kini Mimpi Lagi sudah diputarkan di corong semua stesen radio. Kami harap Mimpi Lagi tidak mengecewakan kerana pada Julai atau Ogos ini kami akan hadir dengan album studio penuh,” kata Apex.

Kelima-lima anak muda itu mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Kerana minat yang membara di jiwa, mereka tidak mahu untuk mengenepikan bakat seni itu begitu saja.

Paling mustahak mereka sudah menamatkan pelajaran masing-masing sekali gus hasrat ibu bapa tertunai sudah.

Jadi tidak salah jikalau kami meneruskan minat seni ini. Kelulusan yang ada boleh dijadikan sandaran masa depan sekiranya The Muffins tidak diperlukan dalam industri,” ujar Apex mewakili kawan-kawannya.

Antara lagu lain dimuatkan dalam The Bands, Masih (Flop Poppy - rakaman baru), Akustatik (OAG), Mama Tolonglah Percaya (Exists) dan Kekal (Spider). Album itu memasuki pasaran pada 3 Mei lalu.

lieyalatif said...

wah ko plak bermuffin plak yeak....cantik naiknye sue.....ni ko pakai tepung segera ke atau ko uli sendiri...share laa resepi ngan aku sue...geram lak tgk ko buat ni cun jek.....

sedapnye lahai panas2 dpt ngap muffin.....terbayang2 ni nak buat lagi ni.....

wanie said...

sedapnye muffin..rajin sue buat..wanie kalau buat muffin2 ni kang wanie yg kena perabis sorang..

Kelawar Gua said...

Jus Oren Twister pun sedap ni.

Related Posts with Thumbnails