Followers

Thursday, January 12, 2012

Bukit Melawati, Kuala Selangor


mula2 nak p hari sabtu, tapi panas melampau plak rasanya hari sabtu lepas... terus dok diam2 dalam rumah aje. so ahad pagi tu dlm dok fikir nak p mana terus ckp  ngan en abu nak p bukit melawati kuala selangor jugakkk. x jauh sgt dari rumah kami dlm 30-40 min klu lori bersepah atas jalan raya lambat la sket tiba ke sana. kuar rumah kol 11 pagi rasanya. berenti kt macam2 tempat, tesco k.sgor utk makan, cik annur belasah nasi ayam habis la sepinggan tu pasal x bfast pg tu....kami makan burger terus lunch la kiranya. pastu pusing2 sekitar bandar tu ..nampak kedai barang hantaran, singgah plak beli la bakul hantaran..giler murah reganya... pastu nampak plak kedai apa tah yg buat perkhidmatan terapi letrik tu al-jabbar ..dr jisim tu..menerai plak 30min kena byr RM3 ahahah kalo sejam cuma RM5.... sejam lama sgt ...try la en.abu, saya & mak tok 30 min sorang... settle semua dlm kol 2 ++ rasanya... lebih kurang 10 min dari kedai dr. jisim sampailah kami ke tempat yg nak dituju.
mula2 beli tiket kt kuanter tiket. tiket utk naik trem (nama kenderaan itu) ke bukit melawati & melawat taman ikan air tawar RM5 utk dewasa, kanak-kanak & warga emas RM3..klu naik trem aje ke bukit melawati cuma RM3. masa beli tiket tgk betul2 ok. sabtu, ahad & cuti umum x bleh bw naik kereta ke atas.

panjang gak trem ni...bleh naik ramai org, setiap 10-15min mesti trem lalu.
pemandangan daripada atas trem. rumah api ini dibina pada tahun 1907

 trem stop je terus nampak meriam byk2... hehe pemandangan kt depan meriam ni ialah laut..erkk ke kuala eh

smgt semua pun ak bergambar ngan meriam... 
sekali hambek ko..pandang keliling bersepah meriam ahahahaha tgk cik annur smgt sggh dia !

 kami masuk sini! rumah api kami x p pun...malas plak rasanya nak menapak. bleh la, xde la best sgtkan...kecuali tgk susur galur kesultanan Selangor. menarik! kawasan sekitar ni mmg byk sgt ngan monyet/kera etc x kenal plak spesis depa ni...huhu ngeri okeh. cam fobia plak rasanya...bagi yg dah biasa xde apa la.... spesis tu semuanya tak takut org okeh.... selamber je rampas makanan ko bw or bleh beli kasi depa makan.

 cik annur bergambar berlatar-belakangkan rumah api :)

 byk ooo binatang ni..anak2 melekat je kt perut mak2 monyet ni..kaler oren

atas tu la muzium, konon2 ambil gambar ni nak tunjuk monyet byk2 tu tp haku takut ahaha nak beli eskrem pun x berani, takut kena rampas ngan monyet2 tu... sabo je la, dah ler panas, air lupa nak bw...

 menunggu trem dtg... cik annur beriba je la..takut weh kut kang monyet terkam, mau demam terjut kami. trem sampai terus ke taman ikan air tawar kt bwh rupanya ingatkan atas bukit melawati tu. 

boleh lah kalau takat nak buang masa kt sini..pekerja pun nampak seketul dua jer...hehe tandas & surau ada disediakan kt sini

burung merak pun ada 

pusing2 lebih kurang sambil mengenal spesis ikan air tawar kami pun tunggu trem utk ke kaki bukit melawati semula, kereta park kt sekitar tu je.. beli eskrem sorang seketul kemudian balik ke rumah. sampai rumah kol 5 ptg.

1 comment:

tuhfat al-nafis said...

aku pi sini tempat pada tahun 2007 yang lalu.... masa tu aku naik sampei atas dan naik keretapi tu pusing jalan belakang kuala selangor melalui rumah-rumah lama yang Cherita Mohsin tu berlakon... pokok besaq adalah kegemaran aku... rumah lama adalah kegemaran aku....

hahahahahahaahahahaa

Related Posts with Thumbnails