Followers

Friday, September 30, 2011

keputusan MRI

salam semua :)

al-hamdulillah en abu baru kol bgtau, dr ENT ckp hasil ujian MRI (KLIK), benda kt lidah cik annur hanya ada di situ.  syukur sgt benda itu tidak berada di mana2 bahagian dlm tubuh cik annur. ia adalah sejenis ketumbuhan (biasa) dan tidak berbahaya setakat ini. dan kami diminta tggu panggilan telefon dari pihak hospital utk membuat temu janji dgn pakar daripada UKM pulak. lepas tu baru kita tahu apa langkah2 yg perlu diambil. 

dr ENT menjangkakan ada 2 cara utk buang benda itu.
no.1 - suntik ngan sejenis ubat dlm masa 2 mggu benda tu akan kecut dan 
no.2 - buang melalui pembedahan ( yg ini mmg km reject awal2 kecuali tiba2 benda itu membesar- minta dijauhkan Ya Allah)

skrg hati saya sedikit tenang. km berdua sgt risau hingga tak berani nak sembang pasal hal lidah cik annur. risau utk berfikir apa2 kemungkinan hasil dari ujian MRI...dan sudahnya saya hanya menangis dalam hati. anak demam  pun susah hati lagi lah plak kenangkan benda asing atas lidah dia.... susahnya hati hanya Allah yg tahu.

terima kasih Allah. semoga cik annur diberikan kesihatan yg berterusan :) amin amin amin.


2 comments:

Related Posts with Thumbnails