Followers

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA



as salam semua,



Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah kepada kaum keluarga, sahabat-handai, cikgu-cikgu cik annur dan juga kepada semua pembaca blog ini.Maafkan segala salah dan silap saya sepanjang kita semua saling mengenali. Kepada yang blk kampung, hati-hati dijalan raya semoga perjalanan blk kg dan kembali semula ke rumah masing-masing selamat sejahtera, insya-Allah. 






sayang korang semua ketat-ketat






Thursday, August 25, 2011

ada org lain yg lagi gembira daripada tuan punya barang

as salam,

saya dah dpt hadiah besday walaupun besday saya lbh kurang 22 hari lagi...sempena besday yg ke 3 series ni en abu hadiahkan saya






 jgn mls scroll sampai jumpa brg itu.. akekekeke












































































































































































































































































































sebuah or sebijik hp eh?
org yg paling gembira adalah cik annur pasai dia bleh main angry bird bila2 dia nak ...sebelum ni dok menumpang kasih kt tablet pc acu dia...




p/s : terima kasih buat Bii kerana menghadiahkan hp ini kepada kite :) sayang Bii byk-byk...klu x kasi apa2 pun kite syg bii gak :P


Wednesday, August 24, 2011

yes!!!






yiehaaa mood raya sudah dtg pasainyaaaaaaaaaaaaaaaa biskut raya dah dpt semuanya! ok itu jer...babai


Tuesday, August 23, 2011

cerita ramadhan

as salam semua, 

lama x membebel, saya bizi ngan kerja pastu time rehat mmg rehat  betul2 tak mcm dulu...gagah buat n3 memalam simpan dlm draft. badan rasa penat sgt2...mujur mak tok duduk ngan kami, dia byk membantu uruskan urusan rumah...saya cuma msk utk sahur jer...ready semua baru kejutkan derang... masak utk berbuka cuma time cuti....itu pun buat nasi minyak, nasi ayam...benda yg simple dan tak renyah...

sebabnya....

mula-mula cik annur kena demam + chicken pox awal bulan posa....

lepas tu acu cik annur plak kena, mggu ke-2 kita berpuasa.... lagi teruk dari yg cik annur kena demam non-stop selama 5 hari sampai 2 kali amik darah takot denggi ke apa ... time ni en abu p o/station kt ipoh saya lah drebar etc

kemudian, en abu pulang ke pangkal jalan dia start seram sejuk demam sket2... hari sabtu naik 2-3 ketul cam melepuh... dr. suh tggu dulu baru nak kasi ubat dia x sure itu chicken pox atau tdk bleh pulak ermmm... ahad naik byk sket. sekali isnin naik banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi teruk pada acu cik annur. maka sah lah beliau kena demam panas + chicken pox pada mingggu ke-3 kita berpuasa ! habis gusi & dalam mulut, atas bibir dlm telinga, blkg telinga semuanya naik chicken pox ... mmg nampak teruk sgt2, kebykkan yg naik itu adalah bersaiz jumbo!  saya sgt susah hati...maka EL 3 hari utk menjaga beliau.... nak minum pun susah apatah lagi nak mkn....setiap 6 jam kena mkn ubat demam...tambah teruk en abu kena gastrik...saya x rasa itu gastrik rasanya beliau alergik ngan ubat anti-viral yg dr kasi ( ubat chicken pox ) ... 

skrg mggu ke-4 kita berpuasa kesayangan2 saya semakin sembuh dan en abu dah mula berpuasa semula sejak 2 hari lepas walaupun masih belum pulih sepenuhnya serta masih batuk2 xpe beliau on MC sampai raya ni bleh rehat je... al-hamdulillah terima kasih Allah kerana menyembuhkan segala penyakit yang kami hadapi...

baju raya en abu blum beli walau selai... aduhaiiiiii pakailah mana yg ada klu betul2 x sempat nampaknya..en abu masih belum pulih mana bleh kuar2 rumah kang semua org marah dia... x pasai depa kena chicken pox plak...akekekeke

ok itu aje nak bebel pagi ni...sejak x anta en abu ni saya kol 7.30am dah sampai opis...kuar umah kol 6.45 bw keta slow2 menghayati keindahan alam katanya :P



Friday, August 19, 2011

manesnya




oh maneskan walaupun dagu berlapis... erkk

uhuk sebenarnya tgh menerai tudung member ni cam selesa plak... kaler pun cuns dan paling penting x jerut kepala/leher...hehe minggu depan kompom mau beli jugak tudung syria bunga sekuntum kt blkg sato!  







Thursday, August 18, 2011

Tanda-tanda Syirik

sumber : sini

Tanda-Tanda Syirik



Tanda-tanda orang kafir ada tiga :
Ragu terhadap eksistensi (keberadaan) Allah, enggan menyembah Allah dan lengah berbuat taat kepada Allah.

Tanda-tanda orang munafik ada tiga :
Apabila berbicara ia dusta (berbohong), apabila berjanji ia ingkar dan apabila dipercaya ia khianat.

Tanda-tanda orang ingkar ada tiga :
Suka bersikap riya’ (menyempurnakan ruku’ dan sujudnya) apabila shalat berjamaah/ bersama orang lain dan menguranginya jika shalat sendirian, bersemangat jika ada orang yang memperhatikannya (memujinya) dan memuji Allah dalam keadaan sepi dan ramai (mengada-ada).

Tanda-tanda orang bodoh ada tiga :
Lengah menjalankan kewajiban-kewajibannya kepada Allah, banyak bicara dan suka menghujat Allah.

Tanda-tanda orang yang tidak mendapat pertolongan ada tiga :
Sering bohong, sering bersumpah palsu dan sering berbuat kesalahan kepada sesama.

Tanda-tanda sengsara ada tiga :
Suka makan barang haram, menjauhi orang alim dan suka shalat sendirian (tidak berjama’ah). Sengsara yang dimaksud disini adalah tidak memiliki ketentraman bathin dan ketenangan jiwa.

Tanda-tanda orang berdosa ada tiga :
Senang berbuat kerusakan, suka menghalangi projek beribadah dan menghindar dari petunjuk dan nasihat yang baik.

Tanda-tanda orang dhalim ada tiga :
Tak perduli terhadap apa yang ia makan, memaksa anak buahnya / orang lain untuk berkasab (dengan segala cara) dan suka mengamuk / marah-marah.
 
 
 

Thursday, August 11, 2011

puding karamel

 rupa adalah kureng ler sket...rasanya meletop...

hahaha festime cube, senang jer rupanya...cik annur tukang kacau telur & buh susu...hehehe bagus itu budak. Insya-Allah ujung mggu ni nak buat lg pasal ada majlis berbuka puasa bersama2 adik-beradik en abu ... smlm tu kira praktis .. dah kuarkan dari pengukus cepat2 buh dlm peti ais pasal dah kol 6.15 masa tu takot x sempat sejuk...lepas berbuka potong & ngap, lupa nak amik gambo... pagi ni baru sempat snap...hehe len kali buat baru amik gamba penuh. resepi saya amik dari kak nani.. cube ler kompom jadik punyer oh ya mak tok pun suke mkn puding karamel ni...sedap kata beliau... ^_^' lega.... 





RESEPI PUDING KARAMEL





Langkah 1...


Sediakan periuk pengukus di atas api dapur.





Langkah 2


2 sudu makan gula


Sebji loyang.



Cara-cara...masukkan gula di dalam loyang dan letak loyang di atas api dapur dalam masa lebih kurang 2 minit. Kacau gula sehingga berwarna kuning pekat keemasan. Angkat dan ketepikan.






Langkah 3


7 biji telur grade A.


1 tin susu pekat.


1 tin air (guna tin susu tadi)


1 sudu teh esen vanila (imported)




Cara-cara....dengan menggunakan sudu garpu, pukul telur menggunakan tangan sehingga sebati. Masukkan susu dan air....kacau lagi dan masukkan esen vanila. (Masa mengacau dianggarkan selama 5 minit).





Selepas itu tuang bancuhan telur tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi dan kukus.





Dalam masa 20 minit...angkat dan telangkupkan di atas pinggan besar. Potong dan sejukkan sebelum di makan.



sekian.






Tuesday, August 09, 2011

belum apa-apa lagi dia dah...


 belasah biskut raya ! 

 al-kisahnya kawan opis en abu kasi sample biskut raya 2 mggu lepas kut, cik annur suka benar terus dia suh ayah dia beli nak makan biskut raya. en abu order 2 bekas.. kawan dia baik hati bagi sebekas dulu untuk cik annur "belasah" hehehe entah bape kali dia dok cakap "terima kasih ayah" suka sgt ler tu dpt makan biskut raya.


al-hamdulillah budak bertuah ni semakin sihat, tinggal parut2 chicken pox yg kt badan je lg blum clear abis... la ni dia kalau hari sekolah mmg dia akan puasa 1/2 day tadika dia x sediakan makanan, suh dia bawa bekal dia malu ni mesti ada kawan2 dia posa ...bagus gak tadika depa buat camni, bleh la melatih anak pelan2... mak tok kata cik annur sampai umah terus minta air hahaha mkn ok jer..air tu pasai dia dok main ngan kawan2 cepat la haus....ok la kut, blaja posa sekerat hari dulu....






Friday, August 05, 2011

semoga dia baik-baik saja di sana

as salam semua,

al-hamdulillah dah nak masuk 5 hari kita semua berpuasa (insya-Allah) semoga Allah panjangkan usia dan berikan kesihatan yang bagus dan terbaik utk kita semua agar kita blh menunaiikan rukun Islam yg ke 3 ini dgn sempurna :)

pagi tadi saya bermimpi ( ini mimpi kedua mengenai "abah" dlm bulan ini )... saya mimpikan "abah", ermmm dalam mimpi saya "abah" baru lepas menjalani pembedahan di perut dan saya berada di hospital utk melawat dia... dia hanya pandang sayu ke kami yg melawat dia...

saya sgt2 rindukan "abah" ... ingatkan last week sebelum puasa nak balk raub, nak melawat "abah" tp kita hanya merancang, DIA yg tentukan... cik annur kena chicken pox plak... kalau blk nanti takut kena kt seri plak... kena fikir gak semua tu...so kami tunda pada satu tarikh yg belum diketahui.

saya terfikir, mungkinkan "abah" hadir didalam mimpi saya utk memberitahu saya agar menziarah kuburnya? atau barangkali dia berada dalam kesusahan? Ya Allah saya sgt2 risau, sedih dan amat merindui dia... 

Al-fatihah buat "abah"...semoga "abah" baik-baik sahaja ...





Thursday, August 04, 2011

tak ada kerja agaknya




as salam semua,
ini xtvt budak ni kalau tak ada org layan dia, bosang dah tgk tv or dvd mula lah dia sibuk bertanya, adik nak main apa ye mama? tgk dia asyik main tudung saji haku...terus msk bilik amik kelambu baby time dia kecik dulu...bukan main syok dia baring2 sama "anak"dia lol lol lol pastu asyik dgr dia gelak2 sowang2 tah apa dia sembang ngan "anak" dia pun tatau... belasah je la adik oiii

 oh ya, sepanjang bulan posa ni tadika dia x kasi makan time rehat pasal ada kawan2 dia yg berpuasa...so cik annur kenalah berpuasa 1/2 day gak.... sahur dia kol 7.30pg wakaka berbuka kul 1 ptg.. oklah tu biar dia belajar pelan2... dia pun baru baik demam + chicken pox  x sampai hati plak nak suh belajar puasa cam sepatutnya... thn depan kite cuba ye cik annur...


Monday, August 01, 2011

annur dan chicken pox beliau

 pic hari jumaat otw p klinik... mama cik annur dah start nak demam dah ni....sekali betul...tumbang 2 hari x kuar suara...hari ni pun masih serak2 + sengau2....sendi2 masih bisa2...


kesian sama ini budak! 
dpt 3 jenis ubat... nampak dia semakin ok..polka-dot semakin kecut...dah nak hitam2 ... harap2 x byk ler parut dia... nasib baik kena time ni...klu nak raya haru ler nampak gayanya lepak umah jer la kami ... susut 1kg budak ni gara2chicken pox ....elok2 dah 15kg terus tinggal 14kg masa timbang jumaat lepas kt klinik.... haiyaaaa nanti x seksi le nak pakai gaun raya ni cik adik manis oiii....







Related Posts with Thumbnails