Followers

Sunday, July 31, 2011

selamat datang ramadhan




bulan yg amat dinanti2kan oleh semua umat islam :) selain bulan syawal ...
semoga kita semua dpt menunaikan ibadah ini dgn jaya nya.. Amin ....selamat berpuasa semua  daripada kami sekeluarga...



Wednesday, July 27, 2011

cacar air / chicken pox

as salam, 

hari ni jom tambah pengetahuan tentang chicken pox ataupun nama glamernya ialah polka-dot yg telah diberikan oleh Lieya hehehe.... saya ambil info ini dari SINI

Chicken Pox

Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.


Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.


Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox: 
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan 
    1.Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah
    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
  

cik annur ada tanda2 ini ...smlm kami bawa dia p klinik pasai dia selsema dah 3 hari tak baik2...asyik on off .... balik dari klinik baru perasan ruam2 yg ada air dlm tu kt bahu dia...tgk2 byk dah kuar kt badan dia.... mujur dia demam sket2 jer... al-hamdulillah selera makan pun ok la... so mulai hari ini teruslah cik annur bercuti kt rumah jer ngan mak tok sampai sembuh....mesti dia bosan... bila dah bosan asyik tanya mak tok dia... apa yg dia nak main...mainan punya banyak pun dia bleh x tau nak pilih yg mana... kesian betui...hahaha


Monday, July 25, 2011

Aku Tetap Aku


Aku Tetap Aku - XPDC

Siapa bilang
Aku takut
Siapa bilang
Aku hanyut
Walau tinggi manapun aku tetap aku
Walau kecil manapun aku tetap berani
Pesan mama
Pesan papa
Usah lupa
Awal mula diriku

-music-

Siapa bilang
Aku semput
Siapa bilang
Aku kalut
Walau sukar manapun aku tetap aku
Walau getir manapun aku tetap di sini

-chorus-

Akupun tahu
Engkau bagai dedalu
Yang selalu
Lupakan diri
Kau lupakan bumi

Diapun tahu
Engkau memang penakut
Lempar batu
Sembunyi tangan
Kau kaki pengecut … Pengecut





Thursday, July 21, 2011

bikin konsert dalam kereta

as salam semua,



budak bertuah ni kan pantang nampak kerusi yg cam best sket terus nak baring... haihhhh mcm2 peel budak ni tau. ni kt lobi prince court medical centre melawat sepupu en abu yg isterinya baru bersalin..gebu sggh baby depa.. 3.61kg! hehehe pic xde....hari itu (16/7) hari malas kuarkan kamera dpn org ramai! titik.

otw blk tu singgah jap melepak @ taman tasik titiwangsa...ingat nak kasi cik annur naik kuda  ke apa...tp xde la plak... pastu ada persiapan kenduri kawen la....ada cam bazaarlah... apa benda tah yg ada...siap ada Jaafar Onn lagi... malas plak nak kejar dia nak amik gambo ke apa... tggi nya beliau... sepanjang kt sana, saya x amik gambo pun.... tetiba malas plak...hahaha pelik gak ngan diri sendiri ni...selalu x mcm ni.....

kami lepak2 mkn2 kt kedai apa tah...siap ada org senamrobik lagi.... poco2.... mcm2lah tabik betul ngan mak cik2 yg join tu...depa buat ala2 menari plak...klu muzik hindi ada la angkat2 tgn cam org india punya tarian... keh keh keh sporting habis depa ni...muka selamber walhal sebelah2 je ngan kedai mkn tu......

dlm keta owt blk umah plak ...cik annur pulak bikin konsert setelah "pow" mama belikan star lip lap ni! iskh rm10 satu....mahal!

 rasa dia tgh nyanyi lagu Adira, aku ada kamu..tarikkkk baekkkk punya

sket punya "kecik" mic cik annur....ermm time tu je la dia main, x nampak plak 2-3 hari ni mana dia simpan star lip lap dia ni...






Wednesday, July 20, 2011

boleh diharap dah..

as salam semua,

semuanya cerita lama...terperuk je dlm draft
sabtu 9/7 yg lepas ...tetiba rajin plak nak msk nasi lemak.. hehehe siap2kan semua bahan, dan2 plak kebetulan cik annur bangun dr tido terus minta tolong dia amik daun pandan kt bawah... dia pun smgt ler pergi turun ngan comot2 dia tu...hahaha rajin benar dia klu suh2 amik daun pandan ke, daun kari ke.....serai je x berani nak suh pasal takut tgn dia luka plak kena daun serai tu...

saya kasi dia gunting plastik...ni gunting kertas yg bergerigi tu... mmg diperbuat semua dari plastik...x merbahaya ... sian dia bsusah payah gunting daun pandan...suh dia amik 2 helai....pasai tau dah dia gunting mesti tgh2 ....bukan pangkal daun tu....jadilahkan....malas turun punya pasai....

 
berjaya! 
so pagi tu mknlah km anak beranak nasi lemak cik puan suhana! hehe terima kasih adik...

2-3 hari ni dok ajak buat kuihla..kek la..agaknya lama dia x nolong tu yg ajak buat kuih tu...paling dia suka klu km buat donut....dia la tukang buat lubang donut tu....nanti kite buat sama2 ye adik :) gimipai bebeh!


Tuesday, July 19, 2011

sehari sebelum FLORIA bermula


 jumaat 8 Julai 2011 cik annur, mak tok & ayah ambil say ablk dari kerja ...teruslah kami ke kawa Floria ni..ingatkan dah mula rupanya esok harinya baru mula... sempat lah km nyibuk tgk2 tmn2 yg dah siap ..ada lg yg masih 70-80% siap.... hehehe mesti bangla2 tu tensen ngan km.. blum siap lg dah sibuk nak amik gambo....

 1 MALAYSIA !!! 
budak2 mesti kenal simbol ni kan? hehe mula2 sampai cik annur nampak je bunga 1 Malaysia ni terus suh amik gambar dia... hehehe padahal tuan punya taman ni dok set up lagi ni... km dah nyibuk msk dah...

 cik annur & mak tok

 cik annur & mama :) baju ni baju fav cik annur..hehehe asyik nampak baju ni je kan? camtulah dia...gaun2 dia kurang layan...seluar pun ikut mood dia...paling dia x suka seluar jeans...klu dia pakai tu maknanya kena paksa...jgn sekali dia rela ye....

 kami bertiga... ayah tukang snap pic..

pantang nampak bunga cantik mesti cik annur suh amik gambar dia....

 cantikkan....eee geramnya...nasib umah xde tanah jer ni..kut2 ada rezeki nanti, mmg buat taman keciklah....cik annur rajin...mesti pokok2 hari2 mandi punya...hahaha

 antara bunga rose fav cik annur :) pink kan...

 taman bunga ros...semuanya ros! eee geram...

konon2 takut ngan bee... hehe

wangi beritahu cik annur


oklah..tetiba malas nak cerita lagi.... tata semua :)



autopublish

Monday, July 18, 2011

cik annur berhari sukan!

 as salam byk sgt pic + cerita +  jadi malas plak nak hapdet pasal dah 2 mggu lepas peristiwa  ni... elok je landing dlm draft...keh h keh nampaknya penyakit M kembali menyerang selain faktor kesuntukkan masa.... walaupun tiap2 hari berkata kepada diri sendiri yg bila mlm lepas mkn sebelum tido nak hapdet blog, tp nan ado nyeh.... tido lagi baik buat diri ku :P nak on netbook pun bercinta ...
 tarikh kejadian 3/7/2011 sehari selepas blk dari penang
sementara acara nak bermula, cikgu kasi budak2 ni mkn dl..kang ada plak x larat nak berlari... cik annur rumah hijau...hehehe

 bacaan doa & ikrar oleh budak2 ni..
.
 
 ok senamrobik dulu... byk gak lagu depa bersenam ikut cikgu2....lawak jer.. ada yg salah pusinglah...silap peluk orglah... lepas je semua2 ni...hujan turun ngan lebatnya...semua stop p makan dulu..mkn semua sedap...siap mkn tghari depa sediakan...perghhhh sedap nasi tomato dia

cik annur msk 4 acara  .. yg pertama lompat sambil kepit bola...xde gambo... bz bagi sokongan kt anak... ni cara yg kedua, bw bola pingpong dlm sudu....rumah hijau kalah dlm 2 acara ni...

 cara yg ini rumah hijau menang, kasut gergasi rasa nama cara ni...

ini acara yg ke empat cik annur masuk..x menang juga...susah gak nak pancing ikan dlm kolam ni... ada budak lelaki tu hebat... 4 ekor dia dpt ikan...juaralah dia

acara mak pak...saya x join...hahaha ayah cik annur kena paksa rela... tajuk menan dia ialah selamatkan belon! paling x sangka..cik abu menang! hahaha kena paksa baru nak main... cikgu2 cik annur buat pengumuman dipersila ayah annur utk msk acara ni.... x dpt nak ngelak dah

cik annur amik hadiah dari pengetua tadika

hadiah ayah cik annur...dpt kain tuala...oklah best gak apa...


autopublish


Friday, July 15, 2011

Warung Mee Udang Laut Segar Pak Hashim, Kuala Sepetang

As salam,


hehe sibuk benar mggu ni bersambung ke mggu hadapan ye, sampai x sempat nak edit apa yg ada dlm draft ...oh ya al-hamdulillah WoB 12-14 Julai 2011 sudah selesai.... nextweek saya plak p menghadirkan diri ke The International Conference on Translation (Persidangan Penterjemahan Antarabangsa-PPA) 19-21 Julai 2011...  

ok sebenarnya nak tayang gambar makanan..hehehe otw blk ke shah alam dari penang ari tu, asalnya nak cari durian kut2 la murah nak beli buat tempoyak...sekali takde pun...ada la yg jual timbang x berbaloi... pastu tetiba tingg en abu ckp jom p kuala sepetang makan mee udang mak jah.... thn lepas dah mkn dah.. 2 jam tggu baru dapat... hehehe  bab2 makan ni..ai ok jer... 

sekali sampai dpn kedai mak jah.. punyalah ramai org.. sebab perut dah lapo..dah kol 6.00ptg masa tu... xde nya sanggup lagi nak tggu 2 jam cam ari tu...terus ajak en abu jln ke dpn lagi... sekali kedai mak teh ttp plak tgh baik pulih.. sekali nampak kedai ni.... ada mee udang gak... pastu x ramai org.. kite try je lah kan..rasa2 saya lbh kurang je klu dah nama mee udang tu... 

so kite kasi try kt sini! antara mak jah & mak teh...
 tu dia pak hashim nama dia eh..


 cik annur punya, nasi goreng udang.... sedap giler udang mama yg tibai...dia makan nasi ni sampai kosong pinggan! rupa2nya dia pun lapo...

 en abu, saya & mak tok mkn mee udang.... tp lepas rasa sket2 nasi goreng udang cik annur yg sedap tu km pun order gak...sekali nasi kami hangus da.. pastu mintak yg normal..yg cik annur x kasi buh cili... klu tau saya minta sama cam cik annur punya... km ratah udang ngan nasi sket2 la.... terasa hangit sket kan...rasanya pasal tetiba ramai org..mula2 km tgk ada 1 kumpulan je..pastu kami.. time kami mkn ada lagi 3-4 kumpulan manusia dtg nak mkn...hehe mesti depa pun x sanggup nak tggu kt kedai mak jah tu... speku dari saya la...

 muka budak yg mula2 x mo makan... sibuk p kutip kulit kerang je kerja dia.... kena paksa rasa dulu baru dia nak makan..lepas tu dok nganga je la kerja dia... klu suh mkn sendiri kang satu kerja tiap kali suap kena suh dia basuh tgn... dia asyik main ngan kulit kerang dia tu la...pandai amik kesempatan budak ni... 

pemandangan dari dlm kereta... kut2 ada yg nak singgahkan...


ok itu je..babai semua :)




semi-autopublish miahahaha




Tuesday, July 12, 2011

Day 1 -Workshop on Benchmarking & Best Practices for Libraries and Information Centres





Good Luck to all of us! Insya-Allah we can do it! Amin. Thank you Allah :)

Friday, July 08, 2011

sambung lagi cerita Penang

Bahagian II 

sabtu 02/07/2011 laju2 bgn nak ke Bukit Bendera! hehehe en abu tetiba ajak p ke sana, last saya pegi time rombongan sekolah, rasa tingkatan 2 atau 3...semua setuju, nak merasa naik keretapi letrik pulak kan... tp rasa lg gayat naik kereta kabel langkawi... huhuhu tiap kali tukar tiang haku pejam mata....miahahaha kami bfast dulu kt kedai mamak tepi hotel tu... nak mkn dlm hotel pun sama je rasanya....pasai kedai mamak tu nama nasmir gak..kaum kerabat depa gak kan.. kena tambah RM18 rasanya utk mak tok..sama je klu p tibai roti canai utk km semua... so ke kedai mamak je la...


tiket bagi warganegara malaysia ialah RM8.00 tp korang kena bawa IC ye..tanpa IC terus RM30.00 ko kena byr... xke pengsan ? kanak2 dan warga emas RM4.00 sahaja owh termasuk student ye..rugi x bawa student card saya...hek hek hek  nanti ingat klu sapa pergi... jgn laju2 p beratur beli tiket tanpa bw IC rombongan korang...kang satu kerja nak panggil sowaang2 hulur IC plak... ni ala2 tmn rama2 punya caralah ni..ok gak dia menjaga rakyat malaysia.... bagus2... parking cam susah sket... km tiba kol 10.00pg pun parking dah penuh, so pandai2 la cari parking dlm area perumahan kt situ...nampak ada parking bertingkat tp blum buleh guna lagi ...

ini dlm keretapi letrik dah... masa beratur tu x amik gambar... ramai juga org, nasib time beli tiket lengang jer... cik annur org yg paling hepi...
 
tp bila dah naik dah separuh jln dia cam diam jer... pening rupanya, agak laju la perjalanan ni klu x silap 6 -10 minit sehala...dia tgk bwh kut..nampak pokok2 bergerak.... 


ok dah sampai.. cik annur masih pening...nak berdukung jer...nasib baik dia mkn roti canai sekeping masa bfast, klu x mesti lg pening pasal perut kosong...

dah sampai bukit bendera!

 
lepas basuh muka cik annur nampak dia ok sket..nampak la anak2 org arab & omputih pakai inai, terus tunjuk kt dia, nanti naik atas kite pakai inai...terus smgt dia..tetiba buleh jln sendiri...hahahaha


 kejap je org tu lukis kena RM5...klu org luar terus RM15! hihihi pandai gak peniaga kt sini..

ini plak tempat amik gambar ngan ular sawa...erkk dulu saya berani, skrg tetiba rasa takut plak..faktor usia rasanya ni...tidak syak lagi...miahahaha

 
kemudian km p beli sket2 cerderahati ..ada perkhidmatan tulis nama pd key-chain & t-shirt ..oklah cam biasa cik annur pilih baju kaler pink! dia siap eja nama dia pada tokei kedai ni... tp pandai eja A.N.N.U.R je la..yg lain2 blum reti lagik... sini pun sama, rakyat malaysia je terus dpt diskaun...cer org arab dan2 baju cam annur ni jadi RM25! km beli RM15...huhuhu

jalan2 lagi sampai naik atas bukit..nampak meriam ni maka suh cik annur possing, tp beliau buat x heran pasai sibuk meneropong ayah yg ada kt bwh lagi ..hahaha

 
main plak kt taman ni...hehe suka la dpt naik buaian..cuaca nyaman jer...bila nagin tiup sgt ler syok....

 
ni masjid kt atas bukit bendera..cantikkan? sebelah masjid ada jual burger Mat special..rega pun special lah ye ...

 
cik annur & ayah masuk taman burung, pastu kasi ikan mkn bagai...pandai buat xtvt dua beranak nih...kacang kuda dia bantai tibai kasi ikan mkn..erkk kembung la perut ikan tu...hahaha

cik annur dah kuar ngan ayah dia terus dtg ke tempat mama & mak tok lepak utk bergosip sambil kunyah kacang kuda ... budka ni mmg suka benar teropong ayah dia...

 
sebelum blk..cik annur request nak bergambar ngan bunga ni...comot betul budak ni

ngan ayah plak ..peminat bunga nih!

ok dah selesai...ada la 3 jam rasanya km lepak kt bkt bendera ni... jom balik! esoknya ada sukan kt tadika cik annur

 pemandangan dari keretapi

ok habis cerita pasal bukit bendera... buat sket2 punya lama nak selesai pasai bukit bendera ni...harap sapa2 yg baca dptlah sikit maklumat berkenaan bukit bendera :)





autopublish
 

Related Posts with Thumbnails