Followers

Thursday, June 16, 2011

rahsia hati

 as salam,

saya berada di dalam mood kecewa dan sedih serta yg seangkatan dengannya. bila kita meletakkan sesuatu harapan atau standard terhadap sesuatu keinginan, usaha serta kerja-keras dan apabila apa yg kita harapkan tidak dapat dipenuhi atau tercapai kekecewan pasti melanda hati dan perasaan. ada dua perkara yg menghampakan saya  ( yg besar dan sgt penting dlm hidup saya ). saya cuba utk tidak mempamerkan rasa kecewa saya itu, tapi saya sgt pasti yg saya kena luahkan sedikit apa yg saya rasa supaya hati saya lebih tenang dan gumbira..... saya ingin menangis tapi saya belum boleh menangis kerana saya sedang mengubati rasa hati saya ini, lg pun saya takut nak nangis nanti saya susah nak bernafas ... kang satu hal plak  hihi nak nangis pun susahkan... saya tahu Allah Maha Mengetahui segala perasaan saya, biarlah saya hanya menangis kepada-Nya, hanya pada Dia tempat saya mengadu.  

saya masih sama seperti smlm...masih bleh buat lawak dan feeling gojes ( hahaha ) masih boleh tersenyum...  insya-Allah saya tidak akan bad mood kepada sesiapa pun :)

Ya Tuhan ku, Kau tabahkanlah hati ku. Tetapkan lah iman ku Ya Allah. Rahmati dan berkatilah setiap langkah ku dalam mengharungi setiap detik kehidupan ku. Kau jauhilah aku dari sifat2 yang buruk. Kurniakanlah dan bukakan lah pintu2 rezeki-Mu kepada ku. Amin.






* susah hati pasal cik annur sakit perut, hari ni dia tak pergi tadika. harap dia ok..

Related Posts with Thumbnails