Followers

Tuesday, May 31, 2011

Karikatur Annur

As salam.
mula2 sekali nak ucap terima kasih  CikAzie  kerana sudi amil gambo cik annur masa besday bash ari tu :) lawaaaaaaaaaaaaaaasuka sgt... nanti kite kasi tepek lagi ye

ini antara hadiah besday dari mama & ayah cik annur sempena besday dia yg ke 5 yg lepas :) karikatur cik annur ni di buat pada 17.4.2011 @ the mall betul2 pada tarikh lahir dia :) ada la rupa dia sket2 kan..hahaha janji baju princess balabie...




Monday, May 30, 2011

show me the money


as salam semua :)

rabu lepas, 25/05/2011 saya & kawan2 opis berpeluang menghadiri seminar tajaan daripada MPH Bookstores yang bertajuk SHOW ME THE MONEY : THE BUSINESS IMPACT OF SOCIAL NETWORKING, PJ Hilton Hotel yg telah disampaikan oleh Guy Clapperton. dlm seminar ini beliau menerangkan bagaimana social media membantu mempromosikan business/product mereka dgn menggunakan FB, Twitter, Blog & etc.



 katanya networking tp xde maknanya...tetaplah nak dok semeja ngan kawan2 opis....hahahaha, nasib baik GM kami dok meja lain..kalau tidak semua pakat membisu je bila beliau ada sama :P segan wehh .... 

kt sinilah saya dpt merasa macaroon yg org dok heboh tu...tp ada satu perisa je pun..blasah, janji merasa, nak beli x pernah nampak pun kt mana jualnya..dah ada depan mata, apa lagi keterujaan ler....nampak x atas meja tu...hehehe amik 2 ketul... manislah...




 ok itu jer... sekian.



Thursday, May 26, 2011

sambutan hari guru@ tadika cik annur



as salam semua,

peristiwa 16 May 2011...  tadika cik annur buat sambutan hari guru... seperti biasa mama dia malas nak fikir hadiah apa terus p beli kerongsang  byk2...hahaha bungkus jer la pasai depa x jual kotak plak dah...haihhh ... harap cikgu2 dia suka la hadiah ni kan...pastu cikgu suh bw makanan...ni yg lemah pasal mak tok xde...dah la saya demam ....mula2 buat kek, pastu en abu ckp depa nak makanan ler bukan kek...erkk kek bukan makanan ke? terus tinggg hahaha lama dah beli makaroni tp x buat2 blasah je la ....

 cikgu cik annur ada 4 org jer..tah camne la anak aku salah kira ni...rupanya cikgu yg dah berenti pun dia kira... blasah haha ada baki 2 lagi... 1 kasi mak tok , 1 kasi kakak mila dia



 .festime buat makaroni goreng....hahahaha saya rasa jadi ler kot.. nak kata sedap ke tak sedap ke x sure pasai tekak perit + sakit sgt time ni.... siap2 semua terus ke klinik...en abu yg kata nak p keja pun kena gak cuti pasal saya betul2 x larat time ni...mujur esoknya cuti wesak..lega dpt rehat kt rumah....



ok, kesian sekian !


Tuesday, May 24, 2011

"Dasyatnya Doa Seorang Ibu"

 copypaste dari email 


 Assalamualaikum Semua,

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar.  So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
•       Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

•       Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

•       *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

•       Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

•        Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
>       Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
>       Membaca quran sehingga menitis air mata.
>       Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

•       3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
>       Anak.
>       Ibu.
>       Suami.
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. ☺

•       Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.

•       Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

•       Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

•       Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

•       *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

•       Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
>        “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
>       *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal  yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
>

•       Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

•       Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
>       “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
>       “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

•       *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

•       Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.   Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

•       *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
>       Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

•       Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

•       Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

•       Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

•       Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.

•       *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.   Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

•       Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

•       *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya.  Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

•       Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.


Selalu Bergaduh Dengan Ibu
•       Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
>       Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
>       Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
>       Symptom terkena saka:
•       Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
•       Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
•       Susah nak dapat anak, senang gugur.
•        Ada rasa kelibat orang lalu.
•       Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
>       Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

•       Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

•       3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

•       Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

•       Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.

Anak Lari Dari Rumah
•       Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

•       Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

Anak Degil
•       *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
>       Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....

  smpikan ilmu ini kpd yg lain wlupun satu ayat

Monday, May 23, 2011

sejuk sejuk sejuk


as salam semua  :)

penyakit M kembali menyerang..ingat time cuti sem ni bleh la rajin nak menulis cam dulu2...tp umm hampeh gak..  walaupun dah nak basi nak gak cerita...hahaha... ini cerita mggu lepas... selasa wesak, senin tu saya mmg dah apply cuti pasal mak tok annur nak blk raub... x de sapa nak jaga annur... xpelah bleh rehat2 kt rumah...sekali saya demam plak..dan.senin tu annur sekolah, ada sambutan hari guru kt sekolah dia..cerita tu kite cerita esok atau lusa bgantung kepada ahap kerajinan saya ye.


syok sggh rasanya pasal terus cuti 4 hari..sabtu, ahad, isnin & selasa....hehe sabtu tu en abu keja...saya n annur buat mcm2 xtvt, lap2 habuk suma..kemas rumah...tghari en abu blk..mkn2 tido2, bgn tido dah ptg... pastu tetiba tingggggggggggggggggg jom p genting! hahaha lepak2 nak rasa sejuk jer...bukan nak main pun.. en abu setuju ! annur bukan main suka ...asyik ckp nak p tempat sejuk...mandi2 suma siap2..kul 6.15 ptg  kuar rumah..zasss ke domino's dulu..perkena pizza, annur dah bape hari dok sebut nak mkn pizza, kebetulan ayah dia xde mggu sblm tu, ayah ke sarawak , jumaat tu baru blk sini, mmg cantik la kan...km mkn2 ada lbh bw naik atas.... sampai atas dkt kol 9 dah... km slow2 je naik ke atas tu,...bukan nak kejar apa.. lg pun nak test en alza tu...hehehe ari tu test p CH ni ke GH plak...

mula2 lepak2 kt luar..wuyoo sejuk, syok...dlm 15 min hujan renyai...moh ler msk dlm...tgk game apa yg ada...hehe 

byk gak km main game..oo skrg kbykkan menan dpt kupon/tiket jer eh....lama dah x naik GH ni en abu beli kad yg bernilai rm50, puas main...hehe main tembak2 ler paling best...en abu menembak..tepat semua kena, dpt ler anak ptg yg annur pegang tu bleh thn besarnya...en. BEE nama dia...hehe hebat owh , tp x sempat nak amik gambo...sowilah ye en abu, kite nak kena tgk anak..anak awak bukan reti dok diam bg sokongan ke hapa...haha pastu dpt kupon popcorn besar punya, oklah..klu nak beli rm6 tu....


lepas main2 game suma kite akan dpt tiket/kupon ni.. ada disediakan 6 buah mesin mkn tiket2 ni.... so p la tukar... dah dpt nilai, dia print cam resit ni..kite kena p kaunter penebusan hadiah...hahaha km x reti main...so ada la nilai lbh kurang 300++ kut... dpt ler tukar brg kecik2.... ada org depan km tiket dia je dah dekat 6000 ...bygkan bape byk dia main + habes duit...huhuhu




puas main, km lepak semula kt luar masa ni dah dkt kol 11mlm.... lepak2 cik annur siap baring, sambung mkn pizza sket..posing2 amik gambo..km pun blk... sampai rumah kol 12.30mlm... hehe puas hati dpt sejuk2 kt atas ni.... esoknya saya start demam.... huhu  tu yg lemau sepanjang mggu lepas... 





*psstt  ciklinn aku melaram ngan tudung yg ko jahit tu..hehehe en abu kata lawa... pasni bleh beli lagi..



autopublish

Thursday, May 19, 2011

tayang menayang

 as salam.

perhatian kepada zana & yong... 
hehehe lawa x baju aku ni? owh tetiba rasa nak p bandung lagik...
miahahaha giler murahkan...aku laju je byr bila dia ckp je rega baju ni miahahaha muat x muat blkg cerita...sekali muat & besar sket... mak aku anta kecikkan sket...ok ngam.... selesa gak baju ni tp aku rasa klu kain lg lembut lg syok kot... pasni nak tempah baju camnila... jadikan sepasang...


peace!


aksi sengal  ..
hey, cermin mata kami sama pesen tau ! 
siapa kenal beliau ni? x kan x kenal kot... 
sia2 jadi rakyat Malaysia kalau x ingat nama2 bekas PM kita...

ni antara foto yg bykkkkkkkkk kt PLF ni...klu nak buat pameran rasanya kena buat 1 padang bola baru habes kut gambar2 yg ada ni di tayang...







Sikap rakan sekerja yang dibenci

untuk renungan bersama saya kongsikan, rencana drpd UTUSAN MALAYSIA bertarikh 15/05/2011


Sikap rakan sekerja yang dibenci

SEMASA meraikan Hari Pekerja 1 Mei lepas, timbul isu yang menarik untuk dikupas ketika berbual bersama beberapa teman. Mudah saja. Fikirkan apa perkara paling anda geram atau tidak senang mengenai rakan sekerja anda. Sudah dapat? Apakah kriteria tersebut menepati senarai ‘7 sikap rakan sepejabat yang anda tidak suka’ seperti yang saya senaraikan berikut:

1. Main facebook, Blackberry
Nampak begitu tekun dari kejauhan. Tambah lagi bila komputer itu membelakangkan penyelia. Tapi bila diperhatikan, mata mereka begitu fokus dan sesekali bibir tersenyum. Takkan buat penyata kira-kira boleh tersengih sendirian? Bila disiasat, rupa-rupanya main facebook. Ada yang berutus-utus jawapan dalam pernyataan mereka. Tidak cukup itu, ada pula sembang dalam FB. Jika tidak main FB, tangan mereka tidak lekang dengan telefon pintar BB.
Hendak dilarang sama sekali dengan mengehadkan akses FB kepada kakitangan, tidak berapa molek dalam era IT ini. Maka seharusnya, kakitangan (dan penyelia juga) berpada-padalah bermain FB. Jangan sampai terjejas kerja atau kena tangkap bos!

BAHAYA : Bahasa penulisan dalam FB ada gaya tersendiri. Bila sudah terlalu asyik, surat rasmi pun terkesan perkataan ‘con4m’ (confirm) atau ‘GB’ (good bye).

2. Suka bercakap lucah
Berbeza dengan tanggapan umum, ia bukan kepakaran yang hanya dimiliki oleh orang tua gatal semata-mata tetapi sebenarnya oleh semua peringkat usia dan jantina, mengikut masa dan tempat yang terhidang. Paling mudah ialah bagi rakan sekerja yang sudah setahun duduk dalam pejabat yang sama. Tahap kemesraan telah mengetuk pintu keintiman, kononnya.
Amat menjijikkan bukan sekadar kepada pegawai yang sudah berusia dan menghampiri usia persaraan, berkata-kata lucah atau dua makna kepada teman sepejabat. Lebih meloyakan jika ia adalah pegawai wanita! Ini bukan rekaan, ini betul-betul punya!
Mereka ini bukan tidak tahu kewujudan peraturan anti-gangguan seksual di tempat kerja. Mereka ini mungkin sekadar menyakat (kerana tidak memiliki skil lawak ala-Jozan) dan ingat ia sesuatu yang lucu serta boleh merapatkan hubungan. Walhal, ia hanya mendatangkan rasa hilang hormat dan meluat tahap maksimum orang yang terkena.

BAHAYA : Golongan tua yang kaki cakap lucah ini cenderung untuk berpoligami atau bahasa lain, memang gila seks. Elakkan diri anda bersendirian dalam pejabat atau lif dengan golongan ini, bimbang teori lucah itu bertukar menjadi praktikal pula.

3. Kaki MC
MC atau Sijil Cuti Sakit banyak disalah gunakan. Hujan lebat sikit, terus MC. Ada siaran langsung bola sepak 4 pagi boleh bangun tapi tidak berdaya ke pejabat jam 8 pagi. Ambik MC. Dalam akta buruh memang termaktub hak untuk pekerja meminta MC, atas alasan tulen seperti sakit, keluarga sakit, kematian atau kecemasan lain. Tapi kalau sudah terlampau kerap ( terutama selepas cuti umum rasa nak satu hari lagi cuti), tentulah ia menimbulkan syak wasangka.

BAHAYA : Rakan yang kerap MC, memberi kesan kepada anda yang terpaksa menanggung pula kerjanya. Dan bila anda pula betul-betul perlukan MC, anda dapati diri anda pula dicurigai majikan disebabkan kes tipu MC orang lain.

4. Radio Transistor
Golongan ini mungkin pernah mendapat hadiah galakan sastera dalam bidang drama atau penulisan kreatif kerana cerita yang sebenarnya luka di jari, boleh melarat sudah dipotong kaki bila sampai ke telinga anda.
Elakkanlah menjadi bahan fokus mingguan golongan ini kerana walaupun dia mungkin duduk beberapa meja dari anda, jangan terkejut jika pengawal keselamatan di luar bertanya anda pula mengenainya. Cerita dah tersebar!

BAHAYA : Nak elak tak boleh, jadi pandai-pandailah jaga tingkah-laku supaya tidak termasuk dalam Tajuk Berita Utama Radio Transistor. Ia mungkin membabitkan cara anda berpakaian atau cara anda melihat rakan sekerja yang lain. Semuanya boleh jadi bahan menarik!

5. Geng Tidak Puas Hati
Mereka ini adalah pekerja yang sentiasa merungut. Bagi tugasan mudah pun, jadi punca ketidakpuasan yang meruap-ruap. Bagi mereka, semua tugasan adalah tidak setimpal dengan gaji yang dibayar. Mereka mahu gaji Ketua Pegawai Eksekutif.
Dalam mesyuarat, mereka ini jenis yang tidak akan bersuara walau ditanya berulang kali oleh ketua jabatan. Di kafetaria kemudiannya hampir sejam duduk belum habis hujah pembentangan dan ia belum sampai pun ke tahap penggulungan.Apa sahaja kelemahan, walaupun berpunca dari faktor luaran, syarikat atau jabatan juga disalahkan. Golongan ini biasanya ada pasangan regu. Mereka hanya duduk sesama sendiri dan tidak boleh disertai orang lain kerana butir perbualan mereka hanya dimengerti oleh diri mereka sendiri.

BAHAYA : Macam loji nuklear rosak, mereka ini boleh melampiaskan radiasi kepada rakan sekerja lain dengan sikap negatif mereka yang tidak puas hati kepada syarikat tetapi tidak juga pergi ke syarikat lain yang lebih baik untuk mereka.

6. Egois
Golongan ini memiliki sedikit kelebihan berbanding rakan lain, sama ada daripada segi pendidikan atau harta atau rupa paras. Ia menjadi melarat bila mereka diberi peranan atau kuasa. Kalau benar-benar bertaraf pengurus tidak mengapa, tetapi baru ketua unit pun sudah mempamerkan ciri-ciri Adolf Hitler, memanglah anak buah semua bertekad menjadi komando mensabotaj projek.
Golongan ini sebenarnya sudah lama mengidam jawatan dan bila diperolehi, mahu memastikan anak buah menghafal lagu Frank Sinatra, My Way. Tiada sesiapa boleh memberi pandangan atau pendapat kerana ia bukan ‘cara dia’.


BAHAYA : Walaupun mendakwa dirinya bukan ego, tetapi tutur perkataan dan bahasa badan menidakkan semuanya. Anak buah yang tidak mengikut ‘cara dia’ akan mendapati diri mereka menjadi perantau ke jabatan lain (dipindahkan).

7. Bercakap dalam nada nyaring
Dalam semua organisasi mesti ada watak ini. Sama ada sudah jadi impiannya untuk meraih jawatan `badut pejabat' pun kita tidak pasti. Ada masanya seronok tapi kebanyakan masa jadi pelik dan janggal. Ini terutama bila bahan jenakanya membabitkan soal politik atau peribadi.
Satu lagi spesies berkaitan ialah mereka yang bercakap kuat untuk memberitahu semua bahawa dia sedang bekerja, macam kanak-kanak menghafal sifir 12. Hafal boleh hafal, pusing sikit soalan, belum tentu boleh jawap. Ini lagi bahaya sebab untuk didengar sedang bekerja, tiada jaminan dia benar-benar buat kerja.

BAHAYA : Oleh kerana tarikan graviti yang kuat kesan daripada lontaran vokal orang sebegini, anda yang berada di ukur lilit tiga meja dengannya, pasti turut menjadi pandangan teman sekerja yang lain. Jadi, bila dia mula meninggi suara, beredarlah segera ke mesin fotostat.




hahaha saya paling tak boleh blah yg no. 7 ni! wakakakaka rasa nak gelak guling2....hadoi la.... kebetulan jumpa artikel ni syok gak bila baca... hurmm tepuk dada tanya iman :) renung2kan dan selamat beramal !


 

Wednesday, May 18, 2011

semakin hari semakin....






LEMAU!!!gila ahh... 






Thursday, May 12, 2011

telur ayam besar punya

as salam,

sowi2 baru hari ni bleh tayang gambo telur ayam saiz A++ ni... ada lg dlm peti ais, baru guna 2 biji.... selalu telur kt umah guna utk buat kek,  klu masak sambal sardin atau tomyam baru ler ada menu telur dadar....hehehe 

 besar kan?


 yg belah kiri tu telur ayam saiz A, sebelah kanan saiz A++ 
bleh bygkan x besar mana telur ayam tu? bila tgk telur tu tetiba teringat telur ayam palsu yg depa heboh2 kt penang tu..dah ler en abu dpt dari prai...huhu tp bila hidu bau cam telur ayam biasa tu... tp kan dah kuar paper bgtau x wujud telur ayam pelesu tu....


bila di pecahkan, dlm 1 telur ayam saiz A++ tu ada 2 telur kunen ...patutlah besar :)





autopublish

Tuesday, May 10, 2011

hoih!





hoih! lupa nak bawa kabel kamera plak dah... mau tayang gambo telor ayam bersaiz A ++  hehe en abu dpt drpd kwn dia masa o/s kt prai lastweek..katanya itu telor ayam terkejut.... hehehe... esok je la eh... sowi jujaiiiiiiiiiiii 












Monday, May 09, 2011

anak oh anak




 dah seminggu berlalu, bibir annur kembali cantik sperti dulu... balasan pasal suka sgt melompat, suka benar berlari-lari dlm rumah yg sekangkang kera tu... dan pengajarannya, perasan gak sejak akhir ni dia x berlari dah dlm bilik.... serik agaknya.... byk darah yg keluar tuam ngan ais cepat...al-hamdulillah.

  ptg semlm dia demam (38.2), mcm nak kena selsema... vicks plak ttggl kt raub, lg seketoi tatau mana hala...haihhh tak pasai2 kena beli hari ni, takpelah benda berguna.smlm annur cuma mkn fish & chip 2 round. tghari & ptg...mlm mkn roti sekeping, mmg betul2 hilang selera dia...sebut nasi terus juih bibir...hehehe susu langsung tak mahu, harapkan air suam + soya + sarsi kordial je la yg lepas ke tekak dia. 

harap hari ini annur kembali sehat, tak larat mama nak dukung awak tu, sket2 mama dukung, mama dukung ... en abu hari ni terbang ke Sarawak pulak... last week Prai... semoga perjalanan & urusan beliau dipermudahkan. amin.




Thursday, May 05, 2011

acara tahunan

as salam semua 

1 may yg lepas ialah hari ulang tahun perkahwinan saya yg ke 7 :) syukur al-hamdulillah. seperti acara 3 thn lepas, setiap 1 may kami akan naik ke CH! hahaha xde apa yg best pun klu org tanya nape asyik ke CH je.. tah  la...x de alasan rasanya... erkk sebenarnya saya mmg suka CH pasal sejok pastu saya suka p sana pasal saya nak borong sayur-mayur & buah-buahan yg segar dari ladang... eh eh lg satu saya sgt suka teh panas di CH... mmg fav saya tu, saya bukanlah peminat teh...tp klu teh CH tu mmg saya suka minum... faham x? itu klu saya, klu tanya cik annur dia apa lg nak petik stoberilah... okeh, no hal ! km ada tempat baik punya utk petik stoberi kompom korang puas hati pasal stoberi besarr punya! pastu manis + dlm tu xde cctv! hehehe...

km tak bermalam kt sana...ala umah dekat je... blk hari sudah! puas berjalan bukan besar pun CH tu... bertolak kol 5pg...berenti kt R&R Tapah utk solat + sarapan.. saya bawa bekal ye.. sandwich sardin + nasi lemak ! 

sampai CH kol 9 ke 8 ++ lupa dah... km ikut Tapah, siap beli rebung semua..syiok pic lupa nak ambik ...
... kol 10++ km start melawat tempat lawatan... km naik sampai brinchang dl.... nasib baik km awai... sesak x hingat weh... km naik, melawat dr atas pastu turun ke bawah sebabnya km blk ikut jln baru nak ke raub tu . sian tgk org yg nak naik ke tanah rata + brinchang..jln sesak sgt2.... sapa2 yg minyak nak habes mesti risau giler... syukur km rancang perjalanan kami..km x tersangkut dgn depa... 



 mula2 km ke KEA Farm... sayur2 & buah + bunga murah2..x yah beli kt pasar mlm brinchang pun xpe... cik annur dah segar lepas perkena nasi lemak 2 round! cayalah adik! pusing2 sini dlm 1 jam lbh... acu + mak tok byk borong..hehehe km biasa2 je...

kantoi! en abu + annur tgk pilih munge utk mama...1 may kan hari ulang thn perkahwinan kami :)
 ayah belikan mama yg kaler merah utk annur kaler pink. sekali time ayah nak bg bunge kt rumah mak tok dia nak plak yg merah..so mama dpt yg pink.. x kisah la kaler apa pun..janji en abu yg kasi :) thank you bii! cik annur pow ayah dia ttp telinga tu... rm8.90 jeroklah murah kan....

 kemudian km ke ladang stoberi..tempat fav cik annur :) hehe byran cuma rm20 utk max 3 org... max kena petik 500gm... km punya terlebih pasal buah besar2 pastu byk....miahahaha geram weh... so kena tambah rm7 lagi.. mak tok + acu pun sama...depa tambah rm9..tp puas hati...buah besar2 + manis.pic km bertiga tu bangla jd ladang stoberi tlg snap... mak tok & acu bz nak memetik lagi....

cik annur ngan stoberi cekelat dia... rugi plak rasanya x merasa stoberi cekelat ni...huhu 
cik annur mkn sorang je plak tu...


 next. ke cactus point ! 
en abu sama acu nak beli cactus! mak tok plak beli pokok anggur ...sejak jadi penganggur ni...hahaha tanam anggur plak ye?


 saya plak layan cik annur naik ride ni...haishh abeh tah bape hengget kt menatang ni je..... muncung dia x bleh tahan... budak tak mandi pagi ni....hahaha

pastu ke mana lg kami ye? lupa la...kali ni sedikit frust pasal x dpt mkn kari kepala ikan kt CH! en abu sila ambil perhatian! huhu pasal kol 11.30 camtu semua org mkn nasi lemak yg sedap tu..semua pakat2 kenyang x mo luch! nyampah tau...pastu start kol 12.30 klu x silap hujan turun...kejap lebat kejap renyai.... .. pastu mula sesak teruk...cik annur tido dr kol 1.45ptg sampai kol 5.30ptg rasanya...risau betul masa tu kut2 dia terkucil time tido..nasib baik dia ok jer...

en abu berenti kt ladang teh CH Velley..sy turun sowang beli teh panas yg sedap tu...hehehe minum dlm keta terus km menghala ke ringlet utk blk raub.. ladang teh x p pun..xde apa pun kt sana...byk dah gambo kt celah2 pokok teh.. yg paling best...sowang pun x ingat nak beli teh ke hapa! hahaha ada can naik lg pasni...hiks  itu je la kot jalan2 km kali ni... yg penting semua hepi dpt apa yg diingini kecuali saya ! huhu nak mkn kasi kelapa ikan Ch gak! kedai melayu ok bukan mamak... kite minta baru dia masak...
 
 @ kedai mamak di raub, depan balai polis raub. mkn roti telur + ayah goreng, manggi goreng, sup kambing + roti putih  .... sedappppppppppppppppp cik annur main2 snap pic ngan acu... nampak x topi cik annur? bersusah payah mama awak ni redah hujan p cari topi ni tau..di anak kaler pink gak! nasib baik murah je...rm6.90 ...bleh la mama ikutkan...simpan elok2 tau...len kali p x yah beli dah..suma dah lengkap.. topi, sarun tgn, ttp telinga pun ada...semua pink tau! jgn tetiba nak tukar kaler fav plak pasni...
hasil rembatan @ CH sayur2 lupa plak nak snap...mlm tu sampai umah bz masak sayurrrrrrr jer.. puas hati...dpt mkn rebung yg di rebus pastu cicah sambal belacan.. dpt mkn asparagus.... hehe karot tu adalah baby carrot tau! paling besar pun panjang dia 3 inchi jer... en abu + acu yg snap pic ni...x nampak sgt keciknya karot ni kan?

bunga ulang thn perkahwinan saya :)

 muka berlemiuh pasal tgh msk tetiba en abu p melutut kasi munger...hehehe malulah ai tau.... sarung tudung cpt2 pasal nak amik gambo kenangan ni...
terima kasih en suami :) i lebiew lah! & mak tok + acu sebab sudi jalan2 ngan kami... dan juga anak kesayangan mama pasal x buat hal...hahaha nanti kite p CH lg tau..naik semata2 nak mkn kari kepala ikan + minum teh panas yg sedap tu...






Wednesday, May 04, 2011

Cik Annur belajar berenang



as salam semua :)

ini adah xtvt hari sabtu lepas.... tadika cik annur ada buat kelas renang @ PADE ... xde apa2 nak buat eloklah cik annur ikut kelas ni...hehehe km p sendiri pasal anta ayah cik annur dl, dia keja sabtu baru ni ... janji koi 8 suma kena sampai PADE, km on time... kwn2 annur x sampai2... tu yg leceh bila dah ramai2... kwn2 annur p ngan cikgu tadika, depa ada van + bas sekolah sendiri... rasanya semua sekali yg ikut kelas renang ni dlm 15 org... + budak2 yg nak mandi saje dlm 20++ x sure la plak kan...

 yg lawaknya ada yg mak pak lupa kasi baju renang...pakai la t-shirt + spender je...hahaha ada yg kasi baju je... nasib baiklah lelaki kan...ada yg lupa kasi tuala kt anak... mcm2... sabo je la cikgu2 tu....


@ pintu msk..  ada 2 org cikgu renang... cikgu ayu & cikgu amir 

 mula2 main air dl kt kolam kanak2... cikgu ajar goyang2 kaki... 

pastu turun pelan2 dlm air... masing2 dah mengigil ni..hehe kol 8.30 pg...sejok air kolam ni
 byk sgt pic..layan yg penting jela, semua kena terjun dlm kolam dewasa ni...takot gak haku tgk, iskhh
...annur tgh ready nak terjun..

 eayahhhhhhh lompat! nanti teacher ayu sambut...

ambik ko..semua "lemas" kejap..ada budak siap nangis...hehehe ....


 annur ngan bf dia @ tadika Khelissya & Afnin


itu je la xtvt sabtu lepas... lepas abeh sesi renang budak2 ni sambung mandi kt kolam kanak2...depa je dah penuh kolam tu..hahaha kol 10.30 semua kena kerah naik...mandi + tukar baju kemudian bersurai....  

saya, annur + mak tok lepak tesco shah alam..mkn + tggu ayah annur abeh kerja... sekian!






Tuesday, May 03, 2011

feel good .....


as salam semua :)

yeahhh rasa lega sgt2 pasal last asgmnt utk sem ni ( klu tak direject oleh lecturerlahkan ) sudah saya letak didalam kotak dpn pintu beliau iaitu Pak RAY ! ( lecturer paling sempoi bila berlawak ) yiehaaaaaaaaaaaa lega, dah buleh tido lena malam pasni pasal x yah fikir asgmnt... erkk tp terfikir plak result nanti camnelah gamaknya.... x kisahlah janji saya dah cuba yg terbaik dari ladang. udah ler bos besaq pesan tadi, bila result keluar nanti x kira cemerlang atau tidak kena beritahu dia :) ah sudahhhh camne ni? bossss, jgn suh saya buat copy result sudeyyyy, saya malu ye! .... oklah good nite semua ! i feel good tonight ! tetiba jer ewahhhhhhhhhhhh







Sunday, May 01, 2011

1 MAY 2011






GENAPLAH USIA PERKAHWINAN KAMI 7 TAHUN. 
syukur al-hamdulillah di atas kurniaan Mu Ya Allah :)

Related Posts with Thumbnails