Followers

Tuesday, April 05, 2011

cerita hari ini


salam semua :)

hari ni kelas dr. laili habes awal... 9.30 td sudah sampai rumah :) syorga setelah melalui hari yg penat perasaan (Allah hu Akhbar!) dan tentulah badan .... hehe td km yg belum present lg semua settle ! padahal slide dah siap dr bulan jan ari lagi ... lambat2 pasal ni kena present sorang2.. adoiyaaa masa degree dl semua group punya asgmnt. master ni byk buat sendiri....belasah je la....keh keh keh angah no.1, saya no.2 pastu sapo tah lagi... hanim paling lawak... km siap amik gambar dia lagi... yg x thn dia bleh jelir lidah kt kami.. cesss.... 

cam biasa sampai umah letak beg terus msk blk air... mandi! pastu mkn... lepas je mkn cik annur dah bising2 suh main ngan dialah..suh baca buku....malas betul rasanya nak layan pasal kol 10 tu kan CSI NY start! hahaha tp kenangkan anak ...oklah jom baca buku... mula2 ok dia bleh kenal & bunyikkan huruf tu..pastu mulalah dia ngarut... ok, mama dia sabar lagi... pastu ajar lagi, dia suka-suki lg tukar2 benda yg dia rasa nak tukar pastu bosan pasal asyik salah dia nak tukar ke buku level lain... hep! mana bleh, mama dia paksa gak baca buku level 1 tu... terus cik annur majuk... udah la bf dia xde..lg kuatlah dia meraung.... sabo je la... pastu dia amik kertas dia tulis camni...





*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



maksud dia..mama tak sayang adik! 


tang lambang love tu dia buh pangkah... saya rasa sebak , kelakar & terharu


sedih - tahukah dia bahawa mama dia sgt sygkan dia, tahukah dia setiap mak dlm dunia ni sanggup terima segala kesakitan, kesedihan malah digantikan nyawa demi seorang insan yg bergelar anak? mama syg adik sgt2...

kelakar & terharu - ni sebab sambil nangis2 dia tulis camni pastu baca kuat2 pastu p lekatkan kt peti ais... hehe ayah anak kite dah pandai menulis dan pandai luahkan perasaan...

buat anakku annur, mama sentiasa doakan awak mendapat yg terbaik, terhebat dan mama sentiasa berdoa agar awak menjadi insan yg terpuji dan semoga awak sentiasa di payungi rahmat dari-Nya... bila besar nanti sentiasalah berfikir menggunakan akal dan fikiran dan bukannya menggunakan perasaan :) ni mama letakkan sekali maksud petikan ayat dr surah yunus ayat 107 buat renungan mama, adik & semua yg membaca blog mama...

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Yunus : 107) 


thank you jujai :)saya rasa saya tahu siapa kamu 

No comments:

Related Posts with Thumbnails