Followers

Tuesday, April 05, 2011

Bila Diri Dihina



DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
  1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 
  2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  4. Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 
  5.  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
  6. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.







Copyright © 2011 iluvislam.com + discover the beauty of islam.
Ahd, 03 Apr 2011 14:39 | Afifah Murni | Editor: fazly_90




***rasa sgt2 emo...... benda ini saya dan suami sudah  jangkakan akan berlaku tapi jauh didalam hati kecil saya tetaplah berasa sedih dgn kata2 mereka... bak lirik lagu kumpulan scan " tp kini aku luka erti luka perasaan, walaupun tanpa darah bisa buat aku gundah" ehhhhh tetiba jek...miahahaha sabarlah wahai hati & perasaanku. anggap je la depa jeles ye dak? tepuk dada tanya iman!

kenyang mkn nasi lauk sambal tauhu msk cuka, ptg ni kelas prof norma...rasa cam berat hati je nak pergi kelas....kenapa ye? Ya Allah permudahkanlah segala urusanku pada hari ni. Amin. semoga en abu selamat sampai ... insha-Allah kol 3 ptg ni dia sampai ke destinasi beliau sepanjang mggu ni. nak kirim apa ye? ngeh ngeh ngeh.....


 

6 comments:

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Sue..betul sangat apa yg ko share ni. Aku penah kena camni tapi aku update status kat fb, mengharapkan kawan2 redakan perasaan aku..patutnya aku mengadu pada Allah.

Sue setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.Ingatlah Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.Aku dah baca buku La Tahzan tulisan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni,mmg bagus buku tu buatkan kita berfikiran positif.Sepatutnya kita sebagai orang islam mesti bersikap positif.kalo ko blum baca ko patut paca buku ni. Wish u all the best my dear friends.

telur sambal said...

Ya, semua ni ujian untuk hang nie..
pedulikan org kata, yang penting kita yang cari sendiri. tak mintak kat depa pon

Anonymous said...

Nobody Can Remove Hurt Except Allah. Even if someone tries to cause you any hurt, stay firm in your belief and remember that no one can cause you any pain if Allah does not desire it for you. “And if Allah touches you with hurt, there is none who can remove it but He; and if He intends any good for you, there is none who can keep back His support; He brings it to whom He pleases of His servants; And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

Qur’an, Surah Yunus; 10:107


- Jujai

ZanaNordin said...

sue...betul apa yg ko share nie sue...dan aku pun pernah melaluinya...kadang2 kita cuba utk redha terima apa yang terjadi di sekeliling kita..umpat keji orang, pandangan rendah orang...tp bila dah terlalu lama redha...dah terlalu lama bersabar...kita jadi lupa yang semua tu ujian dariNYA. Mulalah kita merasakan dan mempersoalkan kenapa ujian ini datang pada kita...
dan sampai satu tahap....kita seperti mengembalikan umpat keji orang terhadap kita tu pada mereka balik..subhanaallah

moga Allah pelihara iman kita..perkukuhkannya dan jadikan kita sentiasa redha dengan ujian dariNYA

jamal abdillah said...

tak pernah jemu dengan penantian.

lagu jamal ni tahun 1984..
bertajuk sepi dalam penantian

yong ibu chem said...

sabar. tak rugi kita sabar kan. mulut org su, mmg tak leh nk tahan.

Related Posts with Thumbnails