Followers

Friday, April 29, 2011

Selamat Hari Lahir En. Suami

as salam semua :)

al-hamdulillah pagi ni hujan sungguh lebat.... nyaman sggh rasanya, tp kesian pada penunggang motorsikal lah kan...kuyup semuanya... hujan cam air paip dari langit.... hujan lebat dihari segala pengulu hari yg ada :)


hari ni 29/04 adalah hari lahir en suami saya iaitu ayah cik annur :) semoga beliau menjadi insan yg soleh, dipanjangkan usia, diperluaskan pintu2 rezeki dan mendapat segala kebaikan dan keberkatan di dunia & akhirat ...amin.




mama & adik sayang ayah byk2... muahhhhh










Thursday, April 28, 2011

3 kali potong dan tiap2 thn sama kaler jer

 As salam semua :)

3 kali potong kek thn ni dan tiap2 thn kek adalah sama kaler!
hari ni nak cerita tentang sambutan besday cik annur yg ke-5 thn ni... owh baby kami sudah tua! hehehe klu ckp dia dah besar, dia marah...nanti mulalah ckp, "adik takmo besar" hehehehe macam2...


 
kek besday yg pertama 17/04/2011 betul2 pada hari lahir cik annur. sambut ngan mama + ayah + mak tok & acu jer..kek pun kecik ...jadilah rm10 jer pun


 kek besday yg ke-2 sambutan @ tadika... belasah je amik kek ni...asal kaler pink pastu suh kedai tu tambah gambo barbie tu... janji pink okeh... budak ni mmg hantu pink!


 saya tak dtg tadika dia...kirim je kamera..al-hamdulillah byk gambo cikgu dia amik...hehe terima kasih cikgu annur :) comot sggh anakku..depa bersukan setiap isnin.... blemuih masing2...hahaha ini kejadian pada hari 18/04/2011

 comel je budak2 ni walaupun blemuih kan? hek hek hek...ramai gak budak2 tadika kt sini.. ini campur budak umo 4, 5 & 6 tahun... annur kawan ngan budak 6 thn tau..... rasanya dia baik ngan budak india...Khelissa nama dia rasanya...

antara cikgu2 yg ada...ramai benar yg amik gambo sambil suap annur...blakon je kata dek annur..hehehe al-hamdulillah annur hepi kt tadika ni....bgn pagi pun baik je... xde nangis2 pun.. taun lepas, bukan main liat lagi dia...maybe kecik lagi... 

last sekali sambutan hari lahir dia utk taun ni ahad lepas ..tatau la plak klu ada org nak sponsor plak pasni...hahaha nak tau kenapa sampai 3 kali? pasalnya rumah km kecik + xde tanah... yg pertama pasal tu betul2 hari lahir dia.. dah tarikh tu jatub pd hari ahad... rasa cam x best plak nak buat terus kt tadika esoknya... so beli la kek kecik tu alang2 beli kek utk taska.. kt umah tu mmg semata kek la..xde foods lain pun.

yg ke dua plak buat kt tadika, nak ajak cikgu2 dtg umah pun payah, umah sempit... serik dah rasanya dulu dah buat sekali...sian kt tetamu.... pastu kwn2 dia ramai kt tadika ni,  last kot buat kt tadika, thn depan dah x tadika situ... maybe km nak mskkan annur ke pra-sekolah. ckplah 2 thn dia tadika.... biar dia rasa suasana sekolah... insha-Allah kite hanya merancangkan....tatau lg ke depan camne. tah2 x dpt tempat ke hapa kan.... 

yg ke tiga ni utk adik beradik....mmg tak ada org luar. semua adik beradik en abu yg ad akt KL dtg bersama keluarga .. sepupu2 belah en abu + saya pun dtg....syukur sgt2... al-hamdulillah semua tetamu dtg..... ni buat pada hari ahad lepas 24/04/2011.. terima kasih kepada adik-beradik + sepupu semua atas kehadiran serta hadiah & duit utk annur :) luv uolls !

pagi ahad tu km buat minum utk jiran2 terdekat...jiran atas bawah + kwn opis ( tq nisa + diela) dan owh ada jemput azie + anje hihi tp anje ada  hal plak.. thanks kasi juga hadiah wpun x dtg...... hehehe mkn bihun, pulut kuning..gitu2 je.... x syok plak nanti ptg riuh rendah depa tertanya2 apa ke halnya lah org bwh ni..bising je kan... hahaha so kite buat minum2 sket.... nak ajak buat sekali mmg  x lepas la..kang ada yg dok kt tangga jer...not good ....



 gambar penuh kek blum bleh kasi tunjuk pasal x ada dlm kamera saya :) yg paling best kek ni ialah cantik dan rasanya yg lazat... selalu kek yg lawa2 ni x bape nak kena ngan tekak....kek ni mmg puas hati....! taun dpn klu ada rezeki beli tempah lg kt kedai kek ni.... cik annur adalah sgt suka hati pasal dpt potong kek barbie yg sgt dia suka.... asyik kata nak kek barbie... klu nak buat kt tadika potong kek camni payah la..marah plak cikgu dia nak kena berseni nak potong kek ni.....hahahaha


menu ptg tu ialah sate ( ayam + daging + perut ) nugget, popia ketam si ijan + bihun & air buah-buahan oklah simple.... xde yg buat sendiri semua tempah je kecuali air + nugget + popia...hahaha tu goreng sendiri la kan...


al-hamdulillah siap semua..lega rasanya.. thn ni semua adik beradik en abu dtg umah km... yg anak 3 pun sampai...sian ngan anak kecil...tp pasal blum pernah dtg umah ...depa sggp dtg...ptg tu hujan lebat ...hujan rahmat..... :) 


terima kasih semua.... yg kasi $$$ tambah la simpanan annur :) yg kasi menan tu..terima kasih juga....semua menan tu mama or  ayah kena main gak... mencabar betul.... km kena mewarna gak ngan dia...sabo je la aku..hehe yg kasi gaun pun ada.... vavavava bleh annur melaram mggu ni...hahahaha... terima kasih byk2... wah dah mcm terima anugerah plak... yups! cik annur adalah anugerah dari Allah  buat kami sekeluarga :) 


oklah sebelum melalut.... bye 

opss 

semoga Allah sentiasa memelihara kesayangan ( annur ) kami ini.. amin




Wednesday, April 27, 2011

hati sebesar cawan dan hati sebesar kolam


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. 
Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.
copy paste from email

S.I.B.U.K






help! help! help!







Friday, April 22, 2011

penat otak





as salam
minggu ni 2 kali kesabaran saya dalam persahabatan diuji .. Ya Allah hebat sggh dugaan ini..lagi pulak bila kita tak boleh nak terangkan perkara sebenarnya kepada org yang sesedap hati bila lidah mula berkata-kata... nak kena fikirkan juga hal si penyampai berita, si pemberita ni plak jenis suka2 hati dia je serbu...  kalau tak ada si pemberita susah juga..kita tak tahu apa yg ada dibelakang kita.... tapi dgn adanya si pemberita bleh buat hati tak senang.. otak berserabut.... arghhhhhhhhhhh bencinya ! lain org org ckp lain difahamnya...yg tersepit ialah org yg mendengarnya walhal mungkin org itu tidak bmaksud apa2.... tp disebabkan si pemberita ini sedikit emo lain cerita jadinya....sebenarnya nak je ckp saya tak mahu dgr apa2 yg buruk ...saya hanya mahu dgr cerita yg enak sahaja... tolonglah saya penat sgt nak hadapi benda2 ini...saya tahu saya bukanlah org yg baik...sesekali saya pun ngata org tapi bukanlah sepanjang masa nak komen org.... sepanjang masa nak ambil tahu hal org... ada byk benda juga saya ketinggalan keretapi... dan sebenarnya kalau boleh saya rela saya tidak tahu apa2 pun mengenai hal siapa2 pun...sungguh ! ( kompom ada org yg nak muntah ijo baca pengakuan saya ni ) hahaha ... sakitnya kepala saya dah telan panadol ni.. tp sakit kepala tetaplah dasat. tak surut pun... rasa nak pecah...tp rasanya sakit lagi dada ini menahan perasaan. merembes airmata menahan sebak... saya sayang kamu2 semua... Ya Allah lapangkanlah dada saya menerima semua ini.... ini semua salah saya, kesilapan saya...ampun kan dosa2 saya Ya Allah ...







Thursday, April 21, 2011

org buat saya pun nak buat gak!

as salam :)

tak boleh jadi ni asyik tgk sana-sini org buat. saya pun nak gak try....hehehe dgn bantuan en google jumpa resipi ...tp saya tak buat ikut resipi yg saya jumpa...saya cuma folo cara nak buat jek... tepung saya belli yg dah siap disukat oleh tuan kedai kek p.9 miahahaha rm3.50=500gram tepung... cuma tambah 300mlm air, 2 biji telur & 3 sudu teh double baking powder... senang kan..sama je klu nak ikutkan... cuma dah ada cara mudah..beli je la.. x yah nak sukat2 tepung bagaikan.... kedai tu ko ckp je nak tepung kek apa..nanti dia akan sukat siap2.... bagusss i loike ...kedai org melayu yeahhh tu yg penting....


org yg paling seronok ialah cik annur saya lah! saya suh dia jg mesin pemutar.....dia tolong putar sampai kembang...sampai dia x larat nak pegang dah...hahaha malas nak p pasang pemegang pemutar tu punya pasai... cik annur siap buat mcm2 bunyik menandakan beliau adalah seronok...
uihhhh owhhhh wahhhhhhhhhhhh  kagum gamaknya...keh keh keh



budak yg tak sabar nak mkn apam polka dot versi mama dia...  bila suh posing sket dah muncung...


 memperkenalkan APAM POLKA DOT versi tgh rajin

  ni plak APAM POLKA DOT versi separuh rajin
apam ni terlebih masak tu yg dah tjongkit dari sarung... blasahhhhhhhhh
now, mari kita tgk APAM POLKA DOT versi super tak rajin! hahahahaha


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dasatkan? tuang terus dalam loyang! lol lol lol letih ler dah dekat koi 8.30mlm .... senang je buat apam ni... korang try la..cuma time nak kukus tu la kena sket2 tu yg tak berapa nak "rajin" sgt tu.... 1st time buat ni saya x buh filling ke hapa.... tau dah pasal saya ni tahap "kerajinan" tu tak berapa nak ada... 

harap2 pasni roh rajin tu adalah...lama dah x cuba2 resipi baru ni.. ni dah nak cuti sem...lepas anta 3 asgmnt ni legaaaaaaaa..... saya ada 3 bulan utk buat benda2 yg saya minat nih..... cik annur mesti suka :) hehehe  






Tuesday, April 19, 2011

peristiwa 17/04/2011



as salam


peristiwa 17/04/2011 kol 8 mlm. sebab apa mlm? pg tu sampai ptg mama cik annur bertapa @ PNM gigih nak cari bahan siapkan asgmnt ngan adik2 sekelas, asgmnt Pak Ray ler ni..adoi la...jenuh, sampai hari ni blum siap lagi... cik annur + ayah dtg jemput terus zass ke mall tpilih nak cari hadiah besday gurl... huhu penat sggh...sampai umah koi 7 mlm ...mandi + solat semua terus je suh annur ptg kek. beli kek kecik je pun...janji ada..hehe pasal esoknya ( senin) nak buat kt tadika plak.... kt tadika pun sama main pilih jer kek janji kek ada gambo barbie + pink kaler..tiap2 taun pun sama, kek kompom kaler pink

acu apa ni..amik gambo gegar..camne nak beli dslr nih? *wink
paling aku x puas hati awat aku nampak gemok? why? why?



cik annur with mak tok & acu :)


ok babai...nanti bila free nak cerita sambutan besday annur @ tadika plak...
mama annur nak p kelas plak ni...ada final test ini mlm...bye











































luahan hati

sayunya hatiku merindui dirimu..

sendunya hatiku melihat senyumanmu, walau dalam mimpi...













al-fatihah buat "abah"


Sunday, April 17, 2011

Al-hamdulillah ...





 Ya Allah Tuhanku yang satu , hari ni genaplah 5 tahun usia anak saya ... Thank you Allah. Saya memohon kepadamu Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang terbaik dan Kau panjangkanlah usia anak saya Ya Allah .  Wahai Tuhan yang Maha Penyayang, saya bermohon agar Kau limpahkanlah rahmat dan segala kebaikkan dunia dah akhirat buat anak saya Annur Iman Syahirah. Kau lindungilah dia dalam jaga dan lenanya Ya Allah. dan Kau berkatilah hidup dia Wahai Tuhanku yang Maha Pengampun lagi Pengasihani. Sesungguhnya hanya kepada Mu saya meminta-minta.Amin.


mama & ayah sayang adik !

Friday, April 15, 2011

May ALLAH help me



as salam 
 
esok saya akan menghadapi 2 final test, insha-Allah :)
 
pagi - IMC 710 ( Prof. Norma )
ptg - IMC 720 ( Pak RAY ) 
May ALLAH help me in All the path I will follow

“Alaa bizikrillahi tathma’innul qulub”
 
 
 
 
 
 

 
 
 

Thursday, April 14, 2011

tik tok tik tok




salam semua :)

lagi beberapa hari cik annur akan berusia 5 tahun!... so ini adalah xtvt km anak beranak ( mama, annur & mak tok ) mlm td....

ayah p o/s lagi mggu ni( kali ni dekat je ke JB last week ke Bali, Indon ) mama pun bz ngan kelas + asgmnt ni pun  gagahkan diri gak lepas blk kelas mlm td buat goodies utk dia bw ke tadika isnin nanti....pasal apa buat mlm td? pasal mlm ni nak study + buat asgmnt... esok mlm kelas, blk kelas nak kena baca buku/nota sabtu nanti pg & ptg saya ada final test utk 2 subjek! rasa nak pengsan pasal blum baca apa pun... oksigen oksigen helppppppppppppppppp.... harap saya berjaya mengharungi semua ini . Amin.


 bakal besday gurl kena buat sendiri goodies utk kawan2 tadika... hehehehe gudgurl nih! taun lepas pun dia buat sendiri gak..hek hek hek annur buh 2 benda, mak tok buh 2 benda...mama tukang lekatkan pastu tulis nama dia kt brown paper nih.... jadilah kerja-keras-tangan kami


 tadaaaaaaaaaaaa dah siap! buat 75 jer... ni utk kawan2 tadika, cikgu + anak2 yg dok nursery kt tadika tu gak... kek ahad baru beli... dia nak kek barbie la plak...minta2 kt kedai subang perdana dah ada yg siap ..ari tu p ada je kek barbie... x sempat dah nak tempah2 kek nih... hadoi panik okeh !








Wednesday, April 13, 2011

Wordless Wednesday



salam semua ...

antara koleksi rantai kunci yg saya beli ada gak yg suami & kawan2 kasi ...ada byk lagi tapi tatau mana saya letak...hahaha ni yg ada kt opis je la... ada la dlm 30 ketui nih....  pasni klu btambah lagi celah mana plak nak saya sangkutkan? hek hek hek


Tuesday, April 12, 2011

apa cerita?



salam semua...

ini adalah xtvt cik annur @ PLF sabtu lepas....layan pic ni dulu ye... cerita penuh? esok2 lah ye kalau saya sempat buat...hahaha yg penting cik annur adalah sgt hepi kerana ramai melayan dia sabtu ari tu.... siap naik troli hadiah ngan onnie lagi.... kelassss gitu :) dia pun follow mama & kawan2 opis sediakan hadiah.... hahaha terima kasih kawan2 yg sudi melayan annur terutamanya k.nisa, onnie & acik ninie ...







Friday, April 08, 2011

esok sabtu!




salam,

pejam celik pejam celik dah jumaat ...yeahh esok en abu pulang ! lega mok cik, lelah rasanya nak kena uruskan semua sendiri...paling malas nak isi minyak...hahahahahaha.... dah 2 hari dia x kol kami..katanya bateri hp kong.. padahal bw charger...rasa jd cam km dl x bleh nak charge pasal plug sana jenis lain.... tp dia bw yg 2 pin tu... entahlah.. x tau la pasal apa kan... so km berhubung guna email je... klu cik annur tau esok dah sabtu sure dia suka hati pasal bff dia mau pulang.... esok kompom dok melekat je ngan ayah dia... silap2 jadi lg peristiwa dl..mama bawa keta...dia ngan ayah dok blkg.... ewah ewah... 

esok saya kerja...ada program .... dan cik annur pun kena ikut p pejabat.... harap2 mlm ni dia tido awal... esok kol 6 ++ dia kena bgn & mandi siap2 ikut saya p opis... kol 7.30 dah kena ada kt PLF... harap2 dia x meragam nak kena bgn pagi2 esok.. amin. mak tok mlm ni blk kg... ada kenduri kawen sepupu saya. km plak insya-Allah blk dr kerja ptg esok terus blk kg... en abu akan ke PLf ngan teksi esok... 

tetiba rindu ktcik annur busyuk tu...mlm td km asyik gadoh je... geram betul ngan dia skrg... suka betul dia tanya2 soklan yg x masuk akal... lg kite suh tggu lg dia menjerit nak cepat.... iskhh 


Thursday, April 07, 2011

S.A.B.A.R


salam semua, hari ni n3 kopipes lagik...hehe ni dpt email daripada kawan2 yg sgt baik hati  yg suka fwrdkan nasihat2 yg amat berguna sebagai panduan. jadi hari ni saya kongsikan bersama-sama dgn kawan2 lain pulak... sharing is caring  hehehe ini ayat yg selalu kami sebut dlm kelas ...time nak minta nota or beri nota pada kawan2... hek hek hek mana yg baik kite jadikan amalan & panduan.

semoga sifat sabar sentiasa menjadi sebahagian daripada diri kita semua :) amin amin amin Ya Allah 


**********************************************************


Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.
" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan.  Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. 

Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.
Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.
Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.
Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.





 

Tuesday, April 05, 2011

cerita hari ini


salam semua :)

hari ni kelas dr. laili habes awal... 9.30 td sudah sampai rumah :) syorga setelah melalui hari yg penat perasaan (Allah hu Akhbar!) dan tentulah badan .... hehe td km yg belum present lg semua settle ! padahal slide dah siap dr bulan jan ari lagi ... lambat2 pasal ni kena present sorang2.. adoiyaaa masa degree dl semua group punya asgmnt. master ni byk buat sendiri....belasah je la....keh keh keh angah no.1, saya no.2 pastu sapo tah lagi... hanim paling lawak... km siap amik gambar dia lagi... yg x thn dia bleh jelir lidah kt kami.. cesss.... 

cam biasa sampai umah letak beg terus msk blk air... mandi! pastu mkn... lepas je mkn cik annur dah bising2 suh main ngan dialah..suh baca buku....malas betul rasanya nak layan pasal kol 10 tu kan CSI NY start! hahaha tp kenangkan anak ...oklah jom baca buku... mula2 ok dia bleh kenal & bunyikkan huruf tu..pastu mulalah dia ngarut... ok, mama dia sabar lagi... pastu ajar lagi, dia suka-suki lg tukar2 benda yg dia rasa nak tukar pastu bosan pasal asyik salah dia nak tukar ke buku level lain... hep! mana bleh, mama dia paksa gak baca buku level 1 tu... terus cik annur majuk... udah la bf dia xde..lg kuatlah dia meraung.... sabo je la... pastu dia amik kertas dia tulis camni...





*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



maksud dia..mama tak sayang adik! 


tang lambang love tu dia buh pangkah... saya rasa sebak , kelakar & terharu


sedih - tahukah dia bahawa mama dia sgt sygkan dia, tahukah dia setiap mak dlm dunia ni sanggup terima segala kesakitan, kesedihan malah digantikan nyawa demi seorang insan yg bergelar anak? mama syg adik sgt2...

kelakar & terharu - ni sebab sambil nangis2 dia tulis camni pastu baca kuat2 pastu p lekatkan kt peti ais... hehe ayah anak kite dah pandai menulis dan pandai luahkan perasaan...

buat anakku annur, mama sentiasa doakan awak mendapat yg terbaik, terhebat dan mama sentiasa berdoa agar awak menjadi insan yg terpuji dan semoga awak sentiasa di payungi rahmat dari-Nya... bila besar nanti sentiasalah berfikir menggunakan akal dan fikiran dan bukannya menggunakan perasaan :) ni mama letakkan sekali maksud petikan ayat dr surah yunus ayat 107 buat renungan mama, adik & semua yg membaca blog mama...

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Yunus : 107) 


thank you jujai :)saya rasa saya tahu siapa kamu 

Bila Diri Dihina



DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
  1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 
  2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  4. Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 
  5.  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
  6. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.







Copyright © 2011 iluvislam.com + discover the beauty of islam.
Ahd, 03 Apr 2011 14:39 | Afifah Murni | Editor: fazly_90




***rasa sgt2 emo...... benda ini saya dan suami sudah  jangkakan akan berlaku tapi jauh didalam hati kecil saya tetaplah berasa sedih dgn kata2 mereka... bak lirik lagu kumpulan scan " tp kini aku luka erti luka perasaan, walaupun tanpa darah bisa buat aku gundah" ehhhhh tetiba jek...miahahaha sabarlah wahai hati & perasaanku. anggap je la depa jeles ye dak? tepuk dada tanya iman!

kenyang mkn nasi lauk sambal tauhu msk cuka, ptg ni kelas prof norma...rasa cam berat hati je nak pergi kelas....kenapa ye? Ya Allah permudahkanlah segala urusanku pada hari ni. Amin. semoga en abu selamat sampai ... insha-Allah kol 3 ptg ni dia sampai ke destinasi beliau sepanjang mggu ni. nak kirim apa ye? ngeh ngeh ngeh.....


 

Monday, April 04, 2011

Al-fatihah buat Abah





salam semua

hari ni 04/04/2011 genap abah meninggal 3 tahun :( semoga roh abah berada di tempat orang2 yang beriman. 
 smlm kami sempat blk kg, p bersihkan kubur abah... rasa mcm abah ada lagi... hurmmm al-fatihah



Friday, April 01, 2011

hari penuh emosi


salam all,

cuci mata tgk tayar keta cik viva saya ni


 hari ini penuh emosi buat saya ...sob sob sob buat perangai betul cik viva ni... ari tu dah buat perangai sekali tetiba je bateri kong... pagi ni plak tetiba pancit .... iskhhh nasib baik dekat2 ngan opis en abu lagi.... berkeringat beliau pagi2 ni tukar tayar kereta.... cepat benar majuk ni gara2 dok cerita hal kereta lain dlm dia la ni... ikut perangai sapa tah :P

 
 hero saya!!! nak harap saya buka tayar sendiri ptg kang la kot baru lepas...wpun badan berat melebihi had tp kaki x kuat gak nak longgarkan skru ni...miahaha

ni dia, sampai tayar pun pecah pasal saya x sedar dah pancit ...rasa skru yg bocorkan tayar ni..x nampak rupa paku pun...


sebenarnya saya sgt bersmgt nak dtg kerja  pasal hari ni pakai tudung baru, nak menayang kt cik KNK...hahaha beli yg pesen baru ni..yg kena pin tu... feeling ustazah dihari jumaat  ala2 dr. Muhaiya plak rasanya....hahaha niat x baik patutlah kan.... mlm td p pasar mlm beli pisang, cadangnya nak minta tlg kawan opis bw ke masjid utk disedekah kepada org yg solat jumaat   ... nampak nya saya & mak tok kena p masjid sendiri la dan kita bersangka baik Allah tahu segala-galanya..... semoga abah, mak & ayah (mentua) dpt pahala sedekah kami... isnin ni genap abah meninggal 3 tahun :(


oklah sekian laporan hari penuh emosi saya ... doakan urusan saya berjalan dgn lancar :) satgi tggu kedai tyr buka p beli tyr baru pastu terus bw cik annur & mak tok ke Klinik Kesihatan... dua2 org ni x bape sihat dah saya pun alang2 cuti hari ni... take semua :)


Related Posts with Thumbnails