Followers

Sunday, March 20, 2011

Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?




20/03/2011 7:25pm

KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. 

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. 

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini. 

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama


6 comments:

ahli majlis perwakilan pelajar ITM said...

ermmmm

ni satu pendedahan baru ni. Adakah mufti tersebut dari kelompok Wahabi?
kita siasat dulu sapakah org ini.

pembuat biskut lutut said...

kena tanya wafi kat UPNM ni. dia lebih tahu akan hal ini.

Jasfyra said...

uih yeke sue?1st time dengar ni.tp sib baik aku nikah kt umah ;)

Nandre The Legend said...

try la baca www.themalaysianinsider.com

mar!ahaf!z said...

rasanya nikah kat mana2 pun boleh, asalkan tempat tu tampat yg baik ?!?
tak kisah la rumah ke, masjid ke, surau ke, pejabat agama ke?

pelik2 la isu skrg..

Coldplay said...

Inilah petanda akher zaman. Fitnah merebak sana sini... muzik kedengaran dan dimainkan di mana-mana. apa lagi tuan-tuan?

apa pun kita bersedia dengan amalan kita dulu.

Related Posts with Thumbnails