Followers

Monday, February 28, 2011

buat kerja sekolah



salam semua :) 

lama tak cerita mengenai budak ni kan? hehe al-hamdulillah annur iman syahirah sihat, semakin byk "kenapa" dia, selera makan macam biasa ok je cuma badan tak besar2...huhu tak bleh buat apa... janji dia sihat sudahlah.... amin. 

ini adalah gambar yg sempat saya amik pada hari rabu lastweek, rabu lepas saya terpaksa EL pasal keta tak bleh start. sebenarnya blk dr kelas selasa mlm mmg dah x bleh start, mujurlah ada kwn kelas tggu sat sementara ayin ( suami pengasuh lama annur) dtg nak jumping kereta. rasanya cik viva majuk pasal dok ckp pasal keta lain dlm dia nih! keh keh keh...

selama ni mak tok dok cerita, tiap kali annur ada kerja sekolah dia msk rumah je buka baju semua terus buat kerja sekolah. lol lol rasa cam iye ke? pasal sebelum ni bukan main payah lg nak suh dia siapkan kerja sekolah...maybe penat kt taska dok melompat je kerja nya lol lol  jenuh nak ngajo klu ada kerja sekolah sekali mmg betul daaaaa! dia terus siapkan kerja sekolah! alasan dia ialah supaya ptg & mlm nanti bleh main ... bagus2 harap2 rajin dia ni sampai bila2. amin. 

bukan main sengih dia bila dah siap buat kerja sekolah. senang je pasal taun lepas kerja sekolah dia lagi susah... hahaha dlm 10 minit siap semua termasuk warnakan ... 4, 5 & 6


 tarraaaaaaaaaa oklah...makin lawa tulisan dia :) senang hati bila annur suka p tadika baru ni... nak bangun pagi pun senang... takde nangis2 macam dulu2..maybe dia semakin besar .... dah pandai bergaul.

lg satu jgn la nak tolong dia buat apa2, nak tolong padam ka - nanti dia akan sound kami pasal cikgu dah pesan " jangan bagi mama & ayah tolong tulis, ajar tak pe, kamu kena buat sendiri kerja sekolah " kata annur... eleh eksen mama nak tolong padam jek!


  
autopublish

Friday, February 25, 2011

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?



Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216







sumber : http://www.ataphijau.com/2010/03/17/hope-kenapa/
 

Najis tahi cicak

copipes dari email :)

Najis tahi cicak

Anekdot U-HAH
Pernah sekali sewaktu menyampaikan kuliah maghrib, saya membuka bicara dengan sengaja menanyakan soalan yang nampaknya mudah. Saya bertanya kepada ahli jemaah surau:
“Apakah hukumnya jika setelah mengambil wudhuk, tiba-tiba anggota badan kita terkena najis, iaitu tahi cicak. Maka apakah yang perlu kita lakukan, adakah batal wudhuk kita atau tidak?”
Menariknya, antara jawapan yang diberikan ialah, batal wudhuk orang yang terkena najis tahi cicak itu. Mereka kena berwudhuk semula dan bla…bla… alasannya, kerana orang itu telah tersentuh najis.
Saya tersenyum. Teringat semasa saya remaja dahulu, pernah saya masuk ke dalam surau dan kaki saya terkena tahi cicak. Bukan maih marah lagi saya. Mana tidaknya, saya harus keluar dan membasuh najis itu dan mengambil wudhuk semula.
Nak jadi cerita, masuk ke surau dan kena lagi tahi cicak… Amboiii, surau mana le ni ya…bersih sungguh, sehinggakan najis tahi cicak bertaburan di mana-mana… Cuba bayangkan, kena membasuh najis, ambil wudhuk lagi…bukankah sudah membazir masa dan tenaga, bahkan membazir air juga!
Sebenarnya, inilah masalah segelintir umat Islam. Jawapan mereka bahawa harus mengambil wudhuk semula tersebut, sebenarnya  bukan sahaja datangnya daripada surau yang berkenaan sahaja, bahkan orang lain pun mungkin memberikan jawapan yang sama.
Mungkin kita tersilap dalam membezakan di antara status najis dan kesannya kepada diri kita. Memang najis wajib dibasuh, kerana ia memang najis. Tetapi, ia tidak membawa kepada batalnya wudhuk kita. Melainkan kita dalam solat, apabila terkena najis atau datangnya najis dan mengenai tubuh atau pakaian kita, maka yang batal adalah solat tersebut; bukannya wudhuk.
Cubalah semak, apakah perkara-perkara yang membatalkan wudhuk. Adakah bersentuhan dengan najis membatalkan wudhuk? Jawapannya tidak. Maka, kenapa harus berwudhuk. Fikir-fikirkanlah… 
 
 

Thursday, February 24, 2011

Subhanallah ....




  Subhanallah… Maha Agungnya Allah…

Kisah Menarik | Kisah Susu Ibu  

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika.
Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan
sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku
yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut !
Ni kes berebut anak lelaki le… .

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama,
maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar
bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA.

Lalu doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang
doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut.
Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut
mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Jadi doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran
ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di
dalam Al-Quran.

Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari
mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya,
iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Ulama dari mesir tu pun bertanya apa masalahnya. Setelah diceritakan
segalanya, Ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh
diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian
tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian,
mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan
ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut,
mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa
yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata,
ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu
sebenar kepada anak lelaki tersebut !

Kemudian doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran,
maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah
2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian
harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan
‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan!

Wallahua'lam.. 




  

Tuesday, February 22, 2011

steamboat lagi







salam,

ini adalah mkn mlm kami sekeluarga pada hari ahad baru-baru ni... cam biasa sayur lebihhh makan ramai2 adalah seronok dan licin kami makan berlima termasuk maryam... cam biasa dia hantu kerang + ikan salmon so mmg dia serang dua tu  je la.






Monday, February 21, 2011

pesan beliau kepada isterinya

pesanan suami kepada isterinya ialah : " mama, ngaji elok-elok ye !"

ucapan isteri kepada suami beliau ialah : terima kasih en. Abu , saya akan belajar baik-baik dan cuba dptkan keputusan yang cemerlang :)  
 
 
 

budak comot yg sudi menjadi model mama. ayah belikan dia mp4 pink kaler ( mama kasi idea kat ayah yg mp4 tu kite buat as hadiah besday supaya tak yah belikan dia hadiah bulan 4 ni, hehe tp anak bertuah tu dgrla plak idea mama dia siap kata nak gak hadiah besday nanti... miahahaha)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
autopublish : try test mini hp oklah cuma rasa kecik la plak... dah biasa tgk screen besar camni lah 

Friday, February 18, 2011

kalaulah menjadi kenyataan ... mak tok maryam akan "kaya" ...hehehehe


 Emas di Raub berpotensi diteroka


MENDULANG emas secara konvensional tidak lagi diamalkan di negara ini, ia kini dikendalikan oleh loji yang memiliki teknologi termoden. - Gambar hiasan.


RAUB - Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. (RAGMSB) bercadang untuk menambah pelaburan dalam operasi melombong emas di Bukit Koman di sini yang melibatkan kawasan seluas 200 hektar.

Pengarah Urusan RAGMSB, Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeo berkata, sehingga kini syarikat itu telah melabur sehingga RM300 juta untuk menjalankan operasi perlombongan di sini.

"Raub yang terkenal dengan pengeluaran emas sejak satu abad lalu masih mempunyai simpanan emas yang berpotensi untuk diteroka.

"Oleh itu, pelaburan akan ditambah bagi meningkatkan usaha cari gali dan melombong," katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina 1Malaysia RAGMSB di Dataran Raub di sini.

Lombong Bukit Koman dianggarkan memiliki kira-kira lima juta auns simpanan emas dan ia mampu memberi hasil selama lebih 30 tahun bergantung kepada daya pengeluaran.

Namun, nilai emas yang dilombong melalui loji yang menggunakan kaedah bawah tanah dengan teknologi Carbon-In-Leach (CIL) di Bukit Koman itu untuk sepanjang tempoh berkenaan hanya boleh ditentukan mengikut pasaran semasa.


sumber : kosmo online





nak ke lombong emas mmg kena lalu bukit koman...hehehe rumah km kt area tulah....







Thursday, February 17, 2011

teruja dgn daun selasih




tadikan ada Round Table Discussion on " The Code of Publis Governance @ PLF pastu bila ada event kompomlah ada makan2..keh keh keh...pagi ada nasi lemak AA... mmg kampeni dia yg msk nasi lemak AA tu... sedap kan? tak yah terbang pun bleh mkn kt PLF... 
hek hek hek berlagak sket...

sebenarnya bukan nak cerita nasi lemak tu..nak cerita time lunch plak... lauk biasa2 je..ada gulai lemak daging salai, sayur campur, ayam goreng berempah pastu ada ulaman + sambal belacan... dlm byk2 ulam tu ada daun selasih/basil niza yg bgtau... apa lg teruja la nak amik...bukan nak mkn tp nak letak dlm masakan lain.. keh keh keh... dia amik 2 saya amik dua.. alah pucuk dia je xde la byk sgt... saya nak guna dlm masakan apa pun tatau lagi nih...


teruja pasal selalu tgk dlm AFC @ 703 depa masak letak daun basil... niza kt shedap masakan nanti.. wahh bleh la berangan jadi tukang masak pasni gara2 daun selasih free! 



korang klu nak tau camne rupa daun selasih ni & sedikit info mengenai daun ni sila KLIK sini saya "sgtlah rajin" nak copy paste ...miahahaha 

Wednesday, February 16, 2011

khasiat makanan dlm Islam

sumber : http://tandakasih.blogspot.com/2007/08/khasiat-makanan-dalam-islam.html





Bawang Putih
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang angin dan menggalakkan pengeluaran air mani. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga.

Jintan Manis
Jintan manis banyak khasiatnya. Ia melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal
Epal masam lebih sejuk daripada yang manis. Ia juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang
Pisang menyejukkan badan dan boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah S.A.W. pernah memberi sup barli kepada orang yang menghidap demam.

Selasih
Selasih berkhasiat menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega dicampurkan dengan kurma dan madu dapat menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Lobak Merah
Memanaskan badan dan melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji Kopi
Ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Ayam
Memudahkan penghadaman, membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Bagaimanapun, jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina tidak bertelur.

Kulit Kayu Manis
Kulit kayu manis juga pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia adalah campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Telur
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

Ikan
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuhan, bukan makan lumpur dan benda seni dalam air. Ikan tidak dimasak sukar hadam.

Halia
Halia berkhasiat membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Madu Lebah
Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit-birit. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu paling berkualiti ialah yang dikeluarkan dalam musim bunga, seterusnya musim panas dan yang kurang berkualiti dalam musim sejuk.


Monday, February 14, 2011

Acu dah bertunang dgn kak Milla


 salam semua,

hahaha nyampah tgk n3 ni tersadai dlm draft ! nak buat camne bizi sgt2... bukan buat asgmnt pun kt rumah tp dok melingkar depan tibi...layan CSI & 24 or apa la kt 701/702/703 hehehe oh ya lupa nak bgtau maryam dah pandai tukar saluran tibi ! kejap2 kang dia p tekan 611/616 etc... tensen2 dulu dia x reti sejak akhir2 ni makin pandai plak dia tukar sana-sini... huhu tak x bleh kelentong dia dah... 

ok jom layan gambar2 yg sempat di snap ...tak byk sgt pasal ai lah tukang sipakan hantaran, ai lah nak siapkan anak, ai lah nak buat itu ini termasuk lah pegang kamera... maklumlah adik badek x ramai...ai plak sorang pompuan.... lelaki mana la nak pk benda2 halus ... 

kami bertolak drpd a.star, mak dan ahli rombongan lain dr sp... sampai umah milla kol 3 ptg rasanya, terus di jamu mkn tghari... makan2 suma msk dlm umah mulalah sesi bertunang ... merisik dan meminang buat kt telefon je... hahaha bapak senang kan...mujur belah pompuan pun faham km ni jauh.....

ikut serta dlm rombongan ini ialah pak chaq, pak teh & famili serta sepupu saya yg rasanya ada antara korang kenal dan baca blog beliau ...hehe cube KLIK beliau sepupu saya.. bapa beliau adalah abg kpd mak saya :)


macam yg korang tau tema hantaran lelaki ke pompuan adalah putih + merah.. inilah dia hasil kerja-keras-tangan kakak kepada yg nak bertunang cube teka sapa org itu? :P

 kami bawa 7 hantaran termasuk cincin...sireh junjung tempah kt s.petani je..settle, besar gedabak ( tgk pic atas ) RM30 tunai... sgt ler murah!

hantaran drpd pihak pompuan ke lelaki...tema hijau! chantekkkk 


 perempuan balas 9 hantaran ...


time utk sarung cincin... kejap je depa bincang2 siap terus panggil kuar milla terus sarung cincin

 ok sah bergelar tunangan cu mir

 bersama barang hantaran.... time ni dah nak blk depa dah tukar hantaran pompuan ke atas bekas hantaran yg km bw.... 


maryam panggil kak milla..belum jadi maksu lg.. tggu taun dpn baru tukar title hehehe

cincin pilihan bakal kak ipar ...cube teka siapa? hahahaha


selamat bertunang acu & milla 
04 feb 2011 @ berseri, perlis







autopublish

Sunday, February 13, 2011

rajin rajin rajin





peringatan utk diri sendiri !

jgn selalu sgt sebut malas... nanti betul2 malas walaupun sebenarnya pura2 malas huhuhu lepas ni kena selalu positif maka kenalah sebut rajin walaupun sebenarnya malas...huhuhu mencik ahh! 

oklah mau gosok baju kerja utk esok.... "rajin" nya nak p kerja esok... huhuhu ni pun tgh "rajin" nak gosok baju...nasib esok maryam pakai baju sukan.. selamat x yah gosok baju tadika dia... lalalala



Friday, February 11, 2011

mari selesaikan dgn cara org dewasa...






pesanan penaja : diam bukan tanda kalah tp diam ahkak ni mengatur strategi, ada apa hal klu setakat camtu je tindakan yg dibuat/ambil  huhuhu apa kelas nak majuk-majuk ni...hehe ahkak buat bodo sudeyyyyyyyyyy!  ok itu je... ahkak okey jer diks!  







Wednesday, February 09, 2011

CNY @ Berseri, Perlis



salam all,

mok cik bizi sgt2 minggu ni sampai erkk tataulah....ni tayang gambar cincin tunang adik mok cik je la dulu sebagai pembakar smgt utk mok cik buat n3 ni sebelum basi serta penyakit M mok cik kembali menyerang! hahaha lagi pun lama2 tak hapdet pun tak elok gak utk kesihatan nuffnang pembaca blog mok cik, kang semua rindu ... lol lol lol 

ok tata, nanti ada masa mok cik sambung cerita sket2 pasal majlis pertunangan adik mok cik yeah...


Tuesday, February 08, 2011

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com



sibuk sgt2... huhu 




http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com

al-hamdulillah hampir semua pelajar2 malaysia sudah selamat kembali ke tanah air :)

Tuesday, February 01, 2011

Permulaannya adalah Mengetahui

" Segala perkara dalam kehidupan kamu dan di sekeliling kamu dipengaruhi Hukum Tarikan. Hukum ini adalah asas bagi semua perkara yang wujud dalam pengalaman kamu. Kesedaran mengenai Hukum Tarikan dan memahami bagaimana ia berfungsi begitu penting bagi kita, supaya kita dapat hidup bahagia menjalani kehidupan dengan arah tuju sebenarnya."
( Esther dan Jerry Hicks, penulis Law of Attraction : The Basics of The Teaching of Abraham)



saya tengah baca buku QURANIC LAW OF ATTRACTION pinjam daripada kawan opis :) tajuk omputih tp tulisan dlm buku ni adalah menggunakan bahasa melayu...hehe lg mudah faham bab2 agama ni ;)
saya cuti hari ni.. maklumlah kerja kt pjaya... esok pun cuti gak pasai library sini katup... insya-Allah mlm esok km sekeluarga balik kedah! doakan perjalanan pergi dan kembali kami selamat dari segala bahaya ... blog ni maybe bercuti panjang mcm tuan dia gak arrr...hihihi klu ai rajin sesambil buat asgmt ai hapdet la yeh!

 ok tata... tak sabar nak jemput maryam kt tadika sat lg....

Related Posts with Thumbnails