Followers

Friday, November 12, 2010

kuih QASIDAH tapi bukan Qasidah punya

 blk kedah baru ni mak su en. abu ada buat kuih ni, ini adalah kali pertama saya dengar, tengok dan rasa kuih nih! sian kt diri sendiri...hahaha, rasanya? pada saya sedap... ada manis2 dan lemak minyak + bawang goreng...tapi tak boleh mkn byk pasal takut muak.... klu ada baby pun baby buleh mkn tp tanpa minyak + bawang gorenglah.... senang je nak telan klu mkn kuih ni.. x yah kunyah...har har har mak su bekalkan km sebekas kuih ni utk dimakan dlm kereta... tu nampak x lutut ku?


erkk bukan bermakna Qasidah  punya kuih ye ...nama kuih ini ialah QASIDAH 


Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
3 cawan air
 gula pasir agak2 la manis yg korang nak
 secubit garam
1 sudu kecik air kapur yg telah dibancuh cair

Bahan untuk ditabur:
5 ulas bawang merah dihiris nipis
Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan kecuali bawang ke dalam periuk masak dgn apai yg perlahan.

2. Kacau sentiasa adunan di atas api sehingga adunan pekat dan berkilat.

3. Tuangkan ke dalam acuan atau loyang. Sejukkan.

4. Panaskan sedikit minyak/minyak sapi dalam kuali dan goreng bawang hingga keperangan. Tuang bawang dan minyaknya sekali ke atas kuih yang telah disejukkan tadi.


selamat mencuba....

autopublish

4 comments:

Jasfyra said...

1st time aku dengar nama kuih ni.rasa lagilah xpenah..hihi.tp mesti sedap kan sue

makcikrehan said...

kuih ni memang sedapppp. bulan posa mak kami salu buat :)

Tie-Ibu wawanisolehah said...

weh pesal qasidah kat sana tak sama dengan qasidah kat sini..kalo kat sini kaler kuning..bentuk mcm bunge ..

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

akak pernah tengok dan makan, rasanya macam lebih kurang kuih cara berlauk, tp kuih qasidah ni manis kan?

Related Posts with Thumbnails