Followers

Thursday, September 30, 2010

TEATER MUZIKAL TUN MAHATHIR

 Al-hamdulillah ahad lepas saya & en Abu dan juga kawan2 opis dapat tgk teater muzikal tun mahathir di IB :) festime p tu... hehehe kami semua dpt tiket free drpd IB pasal TDM tu "ketua" kami di organisasi ini....hek hek hek... sebenarnya kalo x dpt tiket pun mmg km dlm opis ni ttp nak p tgk gak ... dah dpt free apa lg..btambah2 best la kan....rasa cam nak p tgk lagi la...nak bw mak tok maryam pasal ari tu dia tlg jagakan maryam...

tak byk gambar yg diambil pasal km sampai pun mmg sedang elok nak ke 8.30 hehehe...sama time plak ngan Tun Siti, Tun M x dtg mlm tu dia kurang sihat katanya...time pulang plak nak segera je pasal dah kol 11.30 kan kol bape plak nak sampai umah, senin tu keje...

ramai gak VVIP & VIP yg km terserempak tp malu nak amik gambar.... chess rugi betoi...km nampak Datuk Siti & Datuk K, DJ Dave n family, Jejai & family...hahaha nasib Fasha xde... pastu nampak hasben Erra, Tun Ahmad Sarji pun ada, pengarah PNM pun ada Datuk Raslin... sapo lagi eh...ramai gak la... 

seat km pun tak la jauh dr pentas... syok gile...cuma babak2 akhir tu bleh plak saya jap2 tlelap..muahaha yelah 3 jam tu... zizan nin sgt best bw watak TDM... lebiewlah....terbaekkk eee comel je dia tau....

 masa dah abeh buat persembahan.... - mmg puas hati!

tukang ambik gambar kami...hehehe niza & en. fizu 


niza yg ambik gambar ni chaitt - gambar yg tpaksa di kecikkan utk nampakkan effect kurus pd muka dan badan sy yg bulat, mata haku pun terbeliak pasal apa tatau....hahaha..niza len kali carilah sudut yg nampakkan aku kurus tau!


pasni kalau ada lg teater muzikal harus saya nak pegi tp kalau mak tok takde mmg tak boleh p sama2 ngan en abu lah...sapo nak jg anak km tu.... kena cari kawan2 yg nak p tgk gak la.... 


semua dapat email ni kan?

salam semua :) 
dibawah adalah pesanan daripada NUFFNANG !  

...........................................................................................................

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd


Tuesday, September 28, 2010

kerja-kerja-kerja-kerja-kerja


selasa - rabu kerja pagi sampai malam @ BERJAYA TIMES SQUARE, KL
bukan p huhahuha kt sana yeah... ai p keja hokeh sob sob sob... tajuk keja ai ialah 

CEO FORUM 2010
"APPROACHING 2020 : MALAYSIA'S DECADE FOR GROWTH?"
DATE : 29TH SEPTEMBER 2010

mental and physical fatigue :depressive-depress-pressure-plaintive-stress

Friday, September 24, 2010

biar pedih mata jangan pedih hati



tajuk yang tak ada kena-mengena ngan n3 hahaha..belasah la labu...malas nak fikir

selamat berhujung mggu semua  :) mggu ni kami tak tahu lg ke mana sepupu nak buat makan2 hari raya malam esok tapi ingat nak p bbq steamboat nak bawa mak tok kuar dia asyik tperap kt rumah je...tgklah keadaan camne kot2 ada lg rancangan hebat hehehehe

hurmmm hari ni sggh tak besh, serba tak kena dan diserang sakit pinggang ya hamat! akibat bendera merah tak ada mood utk segala-galanya. titik !!!

on the way

jumaat lepas sebelum blk umah sendiri, km sggh di Bukit Tinggi...mula2 nak p GH tp cam malas plak... km bertolak dr ruab kol 7 pagi...gigihkan...hahaha semata2 nak elak jam kt raub-bentong... klu lwt sket kompom  sesak... otw tu nampak la kabus2...hehe teruja la terus...syoknya sejok2 gigil... hohoho...
 
bfast dl kt bentong.. dan semua penumpang setuju, km menghala ke Bukit Tinggi...yiehaaa... pasal takde apa sgt xtvt nak buat....km lepak2 je la...pasal masa km sampai baru kol 9.30 pg


mula2 nak p japanese tea house tp ujan plak renyai2 nak berjalan dr tempat parking tu terus kansel... km menghala ke colmar tropicale je... lepak2 minum2 amik gambar sket2 kata tak bawa charger bateri kamera ...hehehe
 
budak yg hepi pasal ayah dia dah berjanji nak bawa dia tgk rabbit...
 kami lepak2 pun tak lama psal ujan renyai.... dr sana terus ke rabbit park

geram betoi tgk maryam pakai hat ni..bukan nak mama betul kan kasi tomei skket, tambah comot ada... haha klu kita tarik hat dia ke dpn sket dia tarik ke blkg semula... ingat pakai anak tudung ka?

mula2 maryam geli2 ngan rabbit ni...pastu terus teruja...hehehe 

beli makanan rabbit je dah rm6 haihhh mahal..paket kecik je pun... berebut rabbit nak makan pasal masa km p baru kol 10.30... tak ramai org pun yg melawat rabbit2 ni...lapar lg la tu...cuba p ptg...tah2 tak layan pelawat....
dlm kol 11++ km btolak blk ke rumah sendiri...maryam tido dlm keta...sampai je kt rumah bila en abu nak angkat dia msk dlm rumah , maryam kata dia demam, pegang badan dia panas...tgk2 dah 38.2 suhu dia...terus bagi ubat demam, lepas solat jumaat dlm kol 2.45 terus bw dia p klinik dan saya pun nak kena dressing luka ari tu...mujur tak melarat demam dia.... hari sabtu tu dah ok sket, selera makan je kurang... 2-3 hari ni selera dia dah pulih..al-hamdulillah :) risau gak pasal senin dah nak sekolah kan... 




Thursday, September 23, 2010

HARI LAHIR SAYA = HARI MALAYSIA







Hari MALAYSIA baru2 ni  ( sapa tak tau bila hari Malaysia sila gugel sekarang !) adalah hari lahir saya yg ke-29 hihihi thn dpn dah ada no.3 kt depan... syukur al-hamdulillah saya masih ada lagi... semoga saya diberikan yang terbaik untuk segala-galanya... terima kasih yg tulis ucapan hepi besday kt saya di fesbuk...  :)

adiah tak ada pasal 2 bulan lepas dah dpt adiah besday, jadi masa besday saya cuma dpt kek ni je...hehe mak tok sponsor dan mulai thn ini tiap2 kali besday saya adalah cuti umum korang ada ? hahahaha.... tpkan mak tok cerita masa nak beli kek besday saya mak tok bleh konpius umo anak dia, nasib baik betul..ada ke patut nak tulis umo 30 haishh sentap tau klu tetiba umo ai dah 30...klu 28 ok gak .... hek hek hek... 




autopublish

Wednesday, September 22, 2010

pengalaman pertama maryam



xtvt raya ke-5 kalau tak salah


masa kt raub ari tu kan...saya tak boleh cuci rambut sendiri sampai skrg dgn keadaan saya ni , kepala dah gatai ...kenalah ke salon gitu kan...hehehe budak bertuah ni pun tumpang sekaki...lawak la tgk dia malu2 rambut kena cuci.... ni 1st time jgn lepas ni jgn dia nak buat lagi sudah...kecik2 lg dah pandai nak cuci rambut bagai...

km pasal dah biasa p kedai ni, selamber badak la amik gambar...hek hek hek...km anak beranak mmg klu gunting rambut sejak beberapa thn ni ke kedai ni... murah dan selesa...urutan bahu dan blkg badan pun sedap baru 7 hengget ...syok wooooooooooo dia urut guna losyen, nak guna kedai punya boleh nak bawa sendiri pun boleh

kali ni saya x buat urutan blkg bahu ngan lengan, bukan apa risaukan tangan ni kan..kang buatnya urat saya stress, tak pasal2 dapat sakit lain...huhuhu seksa okeh.... nak cerita pun seriau....sadis sggh... bila dah baik nanti nak p urut satu badanlah..ari tu last p ngurut bulan 2, kt alamia ( x sure nama kedai) dlm summit tu...

sekian cerita saya utk kali ini :)


* bersabarlah dalam setiap tindakan...DIA Maha Mengetahui







autopublish

Tuesday, September 21, 2010

semata-mata nak kan benda2 ini maka saya pergi ke CH


cerita raya ke 4 kami...

pagi2 km dah bgn siap2 nak blk raub plak....yiehaaa.... bertolak kol 8 pg, sggh di SP jap amik ketupat daun palas yg dibuat oleh pak chaq saya... pastu terus gerak ke CH  hihihi
paling utama saya nak sgt p Ch ialah pasal saya nak rasa sejuk dan dinginya udara di CH ....saya sgt teringin nak makan sayur ni....bukan bunga kobis yg biasa kite beli tu..yg ini lbh ke warna kuning, sgt manis klu buat masak lemak putih or goreng je camtu... terasa2 di tekak saya ni... pastu saya nak makan stoberi coklat n stoberi madu ..sedap... lagi satu saya nak makan jagung yg kaler putih kuning tu... pic lupa nak snap pasal dah selamat msk perut baru teringat hahaha.... pastu saya nak makan ketam + udang goreng kt pasar malam brinchang.... sedap...ketam tu 3 ekor rm5..isi pun byk gak... udang mahal sket rm 10 sebekas tp puas hati pasal byk... yum yum yum.. 

ohh tidak jgn fikir yg bukan2..saya belum "berisi" ini semua hanyalah nafsu makan saya lepas puasa ni...haha padahal udang + ketam tu saya mana boleh mkn, cuit2 sket buat lepas teringin sudah...kang gatal plak kan luka saya tu....
km singgah ke CH masa otw blk raub.... siap roger2 ngan mak tok & pak tam maryam suh dia p gak ke CH....hahaha padahal lepak2 makan nasi yg mak tok bawa sambil bergosip pastu p pasar malam brinchang, beli2 sket2...lepaks minum teh...blk raub...hahahaha sampai raub kol 10.00 mlm...

ni antara xtvt kami pada hari itu...mujur tak ramai org  lagi...rasa sonok je xde jem ke hapa...kami sampai di CH kol 12.30 tghari gitu... tempat pertama km p ialah stoberi farm... maryam bising nak p petik stoberi...al-hamdulillah kali ni km dpt p farm yg best..buah2 semua manis...pilih yg betul2 merah tua...klu ada oren2 sket masam...sambil petik, sambil msk mulut, not good jgn ikut yeahh...hahahaha kali ni km kena petik guna jari je...dia tak kasi gunting.... tp syok pasal xde org...suka hati je pilih2 buah....luas plak tu rm20 utk 1/2kg...ngam2 je km petik pandai betul.... :P

lepas petik stoberi km terus p tanah rata,


 ni plak xtvt maryam bersama ayah tersayang dia...panjat-memanjat kt buah2 tipu kt taman @ tanah rata...km lepak2 sambil makan kt sini....sejuk weh masa ni....sukerrrr 

saya n mak tok gosips apa lagi....hahahaha

kesimpulannya puas hatiku....nanti kite pegi la ye bii, adik pun suka makan bunga kobis yg spesel tu....shedapppp....







autopublish

sentiasalah bersangka baik


salam to all,

gambar di hari raya adalah tersangatlah kurangnya makanya kite cerita benda2 lain je lah ye? lama x cerita pasal maryamkan....hehehe....tgn saya kan tak baik2 lagi....pastu charger utk bateri kamera pun tidak dibawa pulang ke kg halaman...bagus suhana lain kali buat lagi 

 makanya, belasah jelah... rugi plak rasanya tak byk ambil gambar raya maryam yg gojes itu....hihihi
maryam mia...hehehe suka dia kalau mama dia kata dia tomei cam mia... alah yg berlakon drama epilog syurga cinta tu :)


budak yang semakin payah nak bergambar..dia ni ikut mood ! geram betoi ngan perangai dia... ni pun setelah 10 keping snap gambo dia...guna hp je pun..tu pun dia nak marah2... garang tah ikut perangai sapa tah...
sekarang budak bertuah ni semakin bijak buat HIDUNG KEMBANG SETAMAN...sejak dia selsema ni makin menjadi skill dia tau.... klu boleh sepanjang masa dia nak kembangkan idong dia tu..... masya-Allah huduh...siap ngan terbeliak mata dia hahaha

oklah dah malam ni (hari ini 20/09/2010)...saya tgh karang cerita pasal tangan nih, maklomlah mood nak berblog kembali menyinar ....org kata cam gian gitu...sepanjang cuti raya ari ada niat nak hapdet tp mood xde pastu tgn pun sakit...ni dah ok sket bukan reti nak rehat ....matilah en abu baca, pasni mesti dia kurang simpati dah...hohoho ...hihihi...xde idea la, xpelah bila2 free saya sambunglah pasal tgn saya nih.. bila nak buat apa2 susah terasa sggh cam o.k.u  insap jap...nak cerita lbh2 kang takot org kata cari publisiti & simpati plak...ini adalah pengalaman sendiri...mana nak tau kot2 nanti ada yg kena cam saya ke korang tahulah camne nak handle kan.... bukanlah saya mendoakan korang sakit ye... hehehe insya-Allah jagalah kesihatan masing2.... bersangka baiklah kita sesama umat, dunia ni kecil saja.......


Monday, September 20, 2010

cerita 1 syawal kami :)



Salam all,

SELAMAT HARI RAYA :)

saya masih lagi kurang sihat ...dugaan sggh raya tahun ini ... Al-hamdulillah 

mari kita mulakan hari ini dengan menayang gambar pada 1 syawal raya tahun ini oh ya raya tahun ni kami sambut di kedah kemudian baru balik raub ....

hahaha  sebenarnya kalau ikutkan warna tema kami pada tahun ini ialah biru tapi disebabkan oleh baju raya saya & maryam huduh  x bape nak molek maka pujuk rayu terpaksa di laku kan kepada suami terchenta agar beliau membeli sepasang baju melayu kaler hijau ...hahaha kebetulan thn ni saya buat 2 pasang baju kurung sama corak ngan maryam ....  ngan maryam sekali x pakai baju biru itu berhari rayalah kami sekeluarga dgn berwarna hijau...okeh apa...cuns jugakkkkk ... nasib baik en abu kesiankan isterinya yg sakit ni eh masa tu belum buat operation lagi rasanya nasib baik ambil baju awal...klu tak nangis la pakai baju x lawa.... so dia ikutkan gak la cari baju kaler hijau....penat gile bulan2 posa nak beli baju ...

raya tahun ni paling rileks...hehehe org sakit tak boleh buat keja... dlm rileks tu ada gak sapu2 sket2... kemas sket2...kesannya....dilain cerita okeh... nama dah pompuan, rimas okeh klu dok melangut...

oklah nanti sambung cerita lain... kami tak byk berjalan pun maklomlah tgh sakit... ada kisah sendu sket mengenai operation bwh lengan saya nih...huhu nasib badan.... tp dalam sakit2 tu nyingah ke tempat2 yg teringin nak tetap nyingah ! haha..antaranya otw blk raub km ke CH, kata ada jalan pintas ke raub... pastu otw blk umah sendiri km ke bukit tggi ....hehehe sampai umah lembik..sakit sana-sini....

bersambung .....

Tuesday, September 07, 2010

al-hamdulillah saya sudah selamat menjalani pembedahan kecil :)

salam semua,
al-hamdulillah saya sudah selamat menjalani pembedahan kecil di bwh lengan dan ketiak :)  ptg semalam di hospital putrajaya....pembedahan itu ambil masa lbh kurang 2 jam...
saya masuk wad daycare kol 7 pg....tggu sampai dekat kol 2 baru tiba giliran saya...lama gila...dah la sejok gilak pastu bosan gilak.... nasib baik en abu ada temankan taklah bosan sgt ada gak kwn
nak di ajak bergadoh hahaha

bila dah tukar pakaian semua, dah baring atas katil kt bilik pembedahan tetiba  saya rasa nyesal gila nak buat operate ni....huhu ngeri sggh rasanya... pada saya sket je nak buang tp rupa nya serius... sgt ngeri bila dipakaikan oksigen kt hidung pastu ngan wayar2 byk kt badan... ngan benda tah lg kt jari tu utk jantung..pastu kt blkg badan..kt kaki... pam darah lagi... adoi la.....

lepas tu lagi siap bungkus semua ngan kain hijau..tgll bahagian lengan ngan ketiak je yg open... mmg ngeri...serik sggh rasanya....saya hanya menggunakan bius setempat sahaja.... so saya sedar segala yg berlaku... siap dpt rasa sakit bila dr laser... pastu bau daging terbakar...hahaha meletik kaki tahan sakit ... pastu dr tambah bius lagi...rasanya 4 kali tambah bius... mengalir gak la airmata....

al-hamdulillah setelah hampir 2 jam siap gak...terasa2 lg ni ketiak di jahit... dr kata ada 2 lubang..satu kt bawah lengan, satu lg kt ketiak ... now dah ok sket cuma tak boleh byk bgerak...8 jam sekali kena amik ubat thn sakit....

ini dia benda yang telah doktor keluarkan dr bwh lengan dan juga urat saya :) mcm gumpalan lemak kan? doktor masih tak tahu apakebenda nya itu...so kita tggu laporan drpada makmal. agak besar gak benda alah ni... terkejut saya...dah2 jgn tenung lama2 kang ada tak lalu makan plak pasni... hahaha

now kena pantang makan je la..takut luka jahitan bernanah , kena pastikan tempat jahitan kering dan bersih sokmo.... dr kata benda ni terjadi pasal kelenjar peluh saya tersekat... pastu terjadinya tempat pembiakan bakteria jahat...hehehe so kawan2 moral of the story marilah kita sama2 menjaga ketiak kita...malang tidak berbau... punca terjadinya kelenjar peluh ini tersekat tidak diberitahu oleh dr nanti next appmt saya tanya okeh.... oh ya klu ketiak naik ruam ke luka ke jgn gatal2 pakai deadorant plak... kang tak pasal2 jadi penyakit lain....

mula2 dl masa dpt date nak buat operation ni saya ada tanya kosnya kt kaunter ...nak tahu dia kata bape? dia suh sediakan dlm 2-3 ratus... sekali semlm terkejut saya... al-hamdulillah kosnya sgt2 murah...rasa cam terharu... saya cuma bayar rm23.00 sahaja :) murah sggh....  syukur kepada Allah saya menerima layanan yg sgt bagus drpd dr dan misi2.... sejuk sket tiak yg sakit nih..lol lol lol

dan hahaha paling best semalam semua yg masuk wad dpt duit raya .... rm100 hihihi berbaloi2 walau sakit hihihi now dah x nyesal bila fikirkan nanti sy akan sihat....

oklah, tak bape nak larat sgt nak menulis ni....  dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , 
maaf zahir & batin 
sekiranya ada kata2, kelakuan atau apa2 saja yang telah saya lakukan melukakan hati kawan2  :)

insya-Allah ptg esok kami akan bertolak ke kedah...tahun ni giliran en abu :) doakan perjalanan pulang ke kampung dan kembali ke sini selamat :) 



**************************************************



nota utk diri sendiri : al-hamdulillah dah selamat "apply"....semoga Allah permudahkan urusan saya ...amin




Friday, September 03, 2010

dua satu tujuh





salam semua :)
mood malas kerja sudah datang, hehehe dok ingat nak chotie sajer dah ni tp cam biasa kena paksa diri gak buat kerja kalau tak nak chotie pun tak senang hati...rasa sesak je nafas nih ...huhuhu

tadi saya masuk keja lambat sket, p hospital dulu check darah saya... al-hamdulillah sel pembeku darah @ platelets saya berada di tahap yang bagus .... 217  yiehaaa so saya kompom senin ni buat pembedahan kecil... * doakan saya selamat dan tak sakit ye... hehehe ngeri bila fikirkan....

saya kena check darah dulu pasal sebelum ni saya adalah pesakit ITP, sampai sekarang before buat apa2 yg melibatkan darah contohnya cabut gigi  ke hapa saya kena p hospital buat ujian darah utk tgk sel pembeku darah saya bagus atau tidak...sekiranya rendah, saya kena tggu sampai dia naik pada paras yang sepatutnya...dan kalau tiba2 sel pembeku darah saya jatuh iaitu bawah pada 50 saya kena ambil ubat khas ( bleh gemoks tau klu makan ubat tu...lapar 24jam!) so far al-hamdulillah saya sihat sepenuhnya...cuma ambil langkah berhati2 sahaja...

 
 
 
Idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP) is the condition of having a low platelet count (thrombocytopenia) of no known cause (idiopathic).[1] As most causes appear to be related to antibodies against platelets, ITP is also known as immune thrombocytopenic purpura or immune-mediated thrombocytopenic purpura. Often ITP is asymptomatic, however a very low platelet count can lead to visible symptoms, such as purpura (bruises), or more seriously, bleeding diathesis.
 
sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Idiopathic_thrombocytopenic_purpura

Thursday, September 02, 2010

:: GULA KABUNG ::

salam all,
saya punya lemau tak abeh lagi nih...huhu kesihatan pun tak berapa nak memberangsangkan... maybe pasal stress mengenangkan hospital senin nih....hahaha padahal bukan nak buat apa pun..tp still risau bila kenangkan hospital.... tsk tsk tsk insya-Allah kalau keputusan darah saya ok esok, isnin ni saya akan menjalani pembedahan kecil di bwah lengan... buang benjolan dan tak masuk wad ... hanya rehat di daycare sahaja... saya akan buat di hospital putrajaya...hehehe kalau buat kt private spetal kompom kena masuk wad ...saya tak mahu walaupun insurans cover....saya mahu pulang...so ke hospital putrajaya jek... tapi still kena bayar pasal saya dan suami bukan keja gomen... kosnya mungkin dalam 2-3 ratus...oklah tu kan... ok abeh cerita pasal tu...saya takot,  mesti sakit lepas kena jahit tu nanti..... huhuhu

mari kita cerita pasal masak2 plak...sejak akhir ni masak pun ala kadar, agaknya pasal byk sgt makan ubat, lemah semacam... nak amik gambar pun malas...huhuhu...


 ni adalah gula kabung, gula kabung ni sedap sgt...wangi drpd gula melaka... sebuku ni berharga rm7 tunaiiiiiiiii saya beli kt raub

gula kabung ni sgt sedap jika di buat buah melaka, pemanis utk bubur/pengat....

hari apa tah last week tetiba teringin nak makan sagu gula melaka nih... tp tak nampak plak jual kt param... so saya try buat sendiri....hehehe x senonoh sket rupanya... maap saya budak baru blajar....

hahaha kali pertama saya buat sagu gula melaka, rasanya? boleh lah tahan.... sedap gak...hek hek hek


Wednesday, September 01, 2010

stress !!!


stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress.
stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress.
stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress.
stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. 
stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress.
stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress. stress.

jangan korang yg baca ni pun stress gak sudehhhhhhhhhhhhh :P 

Related Posts with Thumbnails