Followers

Wednesday, June 23, 2010

yelah saya mmg camni suka fikir lebih2...

kejadian isnin malam selasa,


mama : adik syok tak p tadika tadi ? cikgu ajar apa hari ni?

maryam : tak syok pun :(

mama : eh kenapa pulak?

maryam : cikgu suh ada baca, adik tak pandai lagi...

mama : lah ye ke, tak apa lah nanti adik bagitau cikgu adik tak pandai lagi, cikgu mesti tak marah adik lah...

maryam : hurmm okey






sian plak bila maryam bgtau dia tak pandai baca/eja , mesti ada kawan2 dia dah pandai membaca/mengeja....so dia rasa x best bila dia je tak tahu or ada lg kwn2 lain , malas plak nak tanya lbh2..dah la ayah a.k.a besfrenz dia tak ada kang naya je klu dia membanjir ... tapi sedih plak hati saya.

sebenarnya biasalah semua tu kan..tahap kebijaksanaan/keupayaan/kebolehan anak2 adalah tidak sama... saya faham dan ingat sgt2 semua itu ( seperti biasa saya adalah seorang ibu yg sgt2 sensitif terhadap segala hal yg berkaitan dgn anaknya ! ) tapi kesian kt anak bila dia ckp camtu dan saya sgt2 tak tahu bagaimana nak ajar dia menghadapi semua pengalaman yg bakal dia lalui pada setiap hari...saya sgt bimbang maryam akan jadi x seronok ke tadika ...

kalau boleh biarlah pengalaman ke tadika adalah pengalaman yg menyeronokkan anak2...yg bakal buat mereka rasa tak sabar nak belajar perkara baru pada setiap hari :) kalau di amati byk perkara, perbuatan dan perkataan serta ayat lengkap telah pun maryam gunakan....al-hamdulillah itu bermakna maryam belajar bukan semestinya pandai baca ABC, pandai megira saja, keperibadian juga saya ambil kira, kadang2 malu saya dibuatnya..maryam akan solat bila azan berkumandang terutamanya time magrib ...sedangkan saya masih comot2 belum pun mandi pasal bz memasak... semoga perbuatan yg baik drpd maryam akan berterusan, tapi saya percaya pendidikan awal juga bermula drpd rumah ...

saya cuma nak anak saya gembira dgn pengalaman yg dia dpt sepanjang hari ....

ini adalah hemburan rasa oleh hati seorang ibu :) setiap hari saya pun belajar perkara yg baru...dan saya masih akan terus belajar sampai hujung nyawa...



autopublish

Related Posts with Thumbnails