Followers

Thursday, June 17, 2010

Tiba2 teringat kisah lama -------------- >>>>> INFO : RAUB

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Raub terletak dalam negeri Pahang dan merupakan salah satu daripada 6 daerah di Pahang. Raub mempunyai keluasan 2,271 kilometer persegi, dan terletak antara Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom. Raub berada 110 km daripada Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dan 265 km daripada Kuantan, ibu negeri Pahang. Terdapat 37 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina dalam daerah Raub.

Daerah Raub mempunyai 9 buah mukim iaitu:

Perkataan Raub dalam Bahasa Malaysia bermaksud genggam. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya, "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raub) of gold" (hlm. 36).

Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961.

Kaedah perlombongan yang dijalankan di daerah Raub adalah kaedah bawah tanah ( shaft mining) dan ia dimulakan di Lubang Raub (Raub Hole). Daerah yang terlibat dengan perlombongan emas ialah Bukit Koman dan dipercayai perlombongan telah meliputi kawasan bawah tanah hingga ke bandar Raub. Kawasan bawah tanah antara pekan Bukit Koman dan bandar Raub adalah berlubang dan ini meninggalkan kesan yang buruk kepada pembangunan fizikal bandar. Hingga kini Raub tidak boleh mendirikan bangunan-bangunan tinggi.

Kegiatan perlombongan emas telah meninggalkan warisan sejarah yang berharga untuk daerah Raub. Kebanyakan nama jalan-jalan utama bandar Raub sebelum 1980-an adalah sempena nama pengurus lombong RAGM. Misalnya jalan Bibby Road, sempena nama pengurus pertama, William Bibby dan Mason Road yang juga sempena nama salah seorang pengurus lombong zaman berkenaan.

Kemajuan perlombongan juga menyebabkan bandar Bukit Koman ( rumah saya ada di kawasan ini ) kawasan di mana RAGM beroperasi menjadi terkenal dan mendapat jolokan "Ibu Emas Malaysia". Ia seolah-olah menjadi pusat pelancungan daerah Raub. Ramai pelawat-pelawat asing dari England, Singapura dan beberapa negara lain mengunjungi bandar ini dengan tujuan untuk melihat sendiri kegiatan perlombongan emas. Bandar Bukit Koman juga menikmati pelbagai kemudahan selepas R.A.G.M. memulakan kegiatan. Antaranya jalanraya yang menghubungkan bandar Bukit Koman dengan daerah Raub dan dengan Kuala Lumpur, rumah sembelih binatang, kedai, bekalan letrik dan berek tempat tinggal untuk para pekerja dan sebuah sekolah rendah berpengantar bahasa Cina, Yuh Hwa yang dibina pada 1907. Ia disifatkan sebagai sekolah kebangsaan Cina kedua tertua di Malaysia.

Ancaman Komunis di semenanjung dan khususnya di daerah Raub pada tahun-tahun 40-an menyebabkan langkah-langkah diambil untuk mendirikan penempatan-penempatan baru. Hasilnya muncul kampung-kampung baru yang kekal hingga ke hari ini. . Kampung-kampung baru tersebut ialah Cheroh (1948), Sang Lee (1948), Sungai Ruan (1948), Sungai Chetang (1948), Bukit Koman (1949), Sempalit (1950), Sungai Lui (1950), Tras (1950) dan Sungai Klau (1960).

Sesiapa sahaja yang melawat Bukit Fraser melalui jalan Kuala Kubu tidak akan terlepas dari melihat beberapa kampung baru ini (Sang Lee dan Tras) dalam perjalanan mereka ke pusat peranginan ini.

Bagi anda yang berminat untuk melawat pekan kecil ini, di bawah disenaraikan kawasan pusat peranginan, penginapan, restoran dan kemudahan pengangkutan yang tersedia di Raub. Selamat melawat Raub, Pahang Darul Makmur.

Politik

Daerah Raub mempunyai satu kawasan parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (Tras, Batu Talam dan Dong).

tetiba rajin plak nak google sejarah di tanah kelahiran saya :) pasni boleh la jawab kalau org tanya pasal raub..hehehe dulu pernah tau masa mula2 masuk uitm masa tu baru masuk degree,( sy buat matriks dulu) ada sowang lecturer tu tanya asal drpd mana, saya ckplah RAUB..nak tahu dia kata apa? " kat raub tu ada komputer tak? hulu mana ye RAUB tu? " tensennya Allah je la yg tahu, semua org gelakkan saya... apa dia ingat hulu sgt ke? kami sopink kt KL tau...cetttttttttttt oh ya rumah saya dekat la juga ngan lombong emas tu...nak ke lombong emas mesti lalu jalan besar yg depan kawasan perumahan rumah saya :)

ok babai...


autopublish

2 comments:

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

wah sue...tau semua sejarah ni ek...tq la info ni...kita yang dok selangor ni pun tak tau sejarah2 macam ni....maryam ape kabo...sihat ker???

izahdaut said...

sebenarnya lecturer tu duduk hulu sebab tak tahu kat mana raub..hihi..saya pun lalu raub nak balik lipis..sama kapal la kite wehh

Related Posts with Thumbnails