Followers

Wednesday, June 16, 2010

Info : Tahukah anda?

  1. bahawa harimau putih selalunya lebih besar berbanding harimau jingga biasa?
  2. bahawa kapal penyapu ranjau boleh mengesan dan meneutralkan periuk api laut?
  3. bahawa faktor endemik termasuklah faktor fizikal, cuaca dan biologi?
  4. bahawa bahasa Melayu ada enam fonem vokal keseluruhannya?
  5. bahawa kapal angkasa lepas robot New Horizons merupakan objek buatan manusia dengan kelajuan tertinggi pernah direkod?
  6. bahawa cukai barangan dan perkhidmatan ialah sejenis cukai tak langsung?
  7. bahawa Copenhagen adalah antara bandar yang paling mesra alam di dunia?
  8. bahawa di kejohanan Scrabble, pihak penganjur menggunakan daftar kata rasmi yang tersedia?
  9. bahawa zodiak dibahagikan kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas tanda?
  10. bahawa Kain Kafan dari Turin dipercayai kebanyakan penganut Kristian sebagai kain kafan kepunyaan Jesus Christ ketika beliau dimakamkan?
  11. bahawa untuk menyelamatkan sepakan penalti, penjaga gol perlu meramal ke mana hala tuju sepakan?
  12. bahawa sekolah pondok Selatan Thailand merupakan sistem pendidikan cara tradisional yang menekankan asas agama Islam, berbeza dengan sekolah kerajaan?
  13. bahawa unsur kumpulan 11 terkenal dengan nilainya yang tinggi?
  14. bahawa untuk menghasilkan julat frekuensi yang luas dengan memuaskan, kebanyakan sistem pembesar suara memerlukan lebih dari satu pemacu?
  15. bahawa kerikam ialah benang logam kasar yang diperbuat daripada emas atau perak?
  16. bahawa kemeja-T berkembang daripada pakaian dalam yang digunakan pada abad ke-19?
  17. bahawa kenderaan tempur berperisai kegunaan am yang berjaya, seperti M113, sering kali bertindak sebagai asas kepada keseluruhan keluarga kenderaan khusus?
  18. bahawa bunyi [p] tidak terdapat dalam 10% bahasa yang ada bunyi [b]?
  19. bahawa Wuduk Sahibul Jabirah membolehkan orang yang disimen kerana patang tulang atau dibalut kerana luka berwuduk?
  20. bahawa lalat askar hitam dewasa tidak mempunyai mulut?
  21. bahawa kapal kontena mengangkut majoriti kargo kering atau barangan kilang di dunia?
  22. bahawa angin monsun mirip dengan bayu laut, cuma lebih besar dari segi skala, kekuatan dan bermusim?
  23. bahawa hutan bandar dapat menyeimbangkan cuaca tempatan, melengahkan angin dan air ribut, dan meneduhi rumah dan bangunan lain untuk menyimpan tenaga?
  24. bahawa selain untuk tebusan, penculikan sering juga dilakukan sebagai langkah awal bagi jenayah lain?
  25. bahawa Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada wasiat yang disampaikan Raja-Raja Melayu semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu?

sumber : wikipedia

bersambung lg di lain entry :)

1 comment:

♥Azie♥ said...

ooooo....baru tau :)

Related Posts with Thumbnails