Followers

Saturday, March 13, 2010

mengapa al-Fatihah dalam al-Quran tempatnya di depan sekali?

mengapa al-Fatihah dalam al-Quran tempatnya di depan sekali? padahal surah yang mula-mula diturunkan ialah Iqra.

saya terbaca mengenai soalan ini semasa saya membaca sebuah novel, al-hamdulillah dengan baca novel pun boleh dapat ilmu :)

petikan daripada novel JENDELA MENGHADAP JALAN - Rohaini Matdarin

sebab Rasulullah SAW berkata kepada isteri-isterinya sebelum tidur. ' Wahai Aisyah, wahai Hafsah, sudahkan khatam al-Quran sebelum tidur?' Mereka pun terkejut, lalu bertanya dengan hairan; 'Bagaimana hendak khatam al-Quran sebelum tidur ya Rasulullah? al-Quran itu panjang, 114 surah, 30 juzuk dan 6666 ayat, bagaimana dapat dikhatamkan dalam masa semalam?' dan Rasulullah bersabda, ' Kalau baca al-Fatihah sekali, sama banyak dengan khatam al-Quran. ' Masya Allah! kenapa?' tanya Aisyah dan Hafsah. Jawab Rasulullah, 'Sebab al-Quran berada didalam al-Fatihah. Kalau org tanya kita, dalam al-Quran yang tebal itu ada apa, kita jawab, didalamnya cuma ada lima perkara. Pertama, tauhid dan ibadah. Kedua, kiamat. Ketiga, balasan baik dan buruk. Keempat, akhlak dan kelima, sejarah manusia, tentang siapa Nabi Muhammad SAW, Ibrahim, Musa dan Isa. Dan kebetulan kelima-lima perkara ini ada didalam al-Fatihah.

2 comments:

Md Nasir said...

salam..
ooo yer ker..baru tau.thanks for sharing it..:)

Kak Ain said...

salam. thanks sue for sharing this info.

sue, blog akak kat sini
http://sleep-o-holic.blogspot.com sue tersalah letak address tu :)

Related Posts with Thumbnails