Followers

Friday, July 31, 2009

H1N1 kah???

psstt dik, mama tgk adik mcm dr gigi lah.. keh keh keh :P...amin


lawak x tgk maryam pakai mask??? pasal H1N1 dah merebak sampai ke U5, area umah km..n sekolah pun dah tutup... cikgu maryam telah mengambil langkah bjaga2 ... so budak2 ni suma kena pakai mask bila kuar... bukan main suka derang.. hahaha suma comel2 belaka... layan kan je la.. bagus gak cikgu derang peka isu semasa...






Thursday, July 30, 2009

Sambung lg cerita @ GH

Part II- last
hadoi lama benar nak tggu n3 ni.. tn. blog x sihat lg.. let's batok sampai termuntah uollss :P ok2 sambung cerita km @ GH... layan pic jelah ek... pic masa tgh main x tepek la.. korang pun tahukan apa yg ada kt GH tu.. km byk naik ride jela... apa lg yg maryam leh naik.. :))

muka hepi pasal jap lg nak p jalan2 + main dah.. ni suma pic day II ye..


ni plak pic kt bwh apmnt km..sejok gile lah.. sampai rasa nak terbang.. angin mmg kuat rasanya klu maryam kuar dr keta dia mmg akan tjatuh kena tiup angin.. mama dia yg berat pun nak tumbang...hehehehe


mama & mak tok..


ni plak otw nak ke tempat main..byk gak tempat2 yg best utk km amik gambar..apa lg.. masa ni kabus dah kurang..al-hamdulillah kt sana maryam dok ngunyah makanan je..sejok ko..cepat lapar la dia..


saya paling suka pic ni..lengkap km adik beradik... syg pic x bape nak terang.. tgk sy paling rendah.. adik badik sy mmg suma tggi..

mama + maryam yg makanan x tggl ye.. suka betol dia masa ni.. dah x mo naik keta ngan km dah.. mesti naik car abah.. mak pak p mana pun okey je..


lepas main2 suma time mkn..saje lepak2 kt sini.. bukan selalu dpt rasa sejuk..kan kan kan.. selera maryam mkn ..suka tgk dia.. gudgurl je..al-hamdulillah


ni kami berempat naik kereta kabel..wira ( adik en abu, cu mir, mama + maryam) en. abu nak keta ngan mak tok..amik kami kt stesen sky way ...saje nak kasi maryam merasa naik.. hehe ok dia lulus.. xde kata takot ke apa...len klai leh naik lg..



Monday, July 27, 2009

GH 11- 12 Julai 2009

Tak kira nak gak hapdet wpun dah basi..hehehe sowilah sy agak bz.. lama dah x menjalan kan xtvt bpoya2 ke blog korang.. rasanya dlm mmgu ni maybe free sket so sy janji akan melawat blog2 yg berhapdet..

Kami sekeluarga telah ke GH ...abg sy dpt apmnt free... so apa lg... satu family Raub + adik en abu terjah ke sana... hepi sgt2 pasal dpt kumpul ramai2.. thn depan mana plak nak pegi ek... asalkan dlm msia..insya-Allah hotel/apmnt free..yiehaaaaaaaa

ni pemandangan dr apmnt km..agak jauh dr 1st world hotel.. apmnt ni dlm 2km dr jln besar..


km semua sampai ptg.. lepak2 mkn2..lepas magrib br kuar.. sejok mampus ,xtvt mlm itu ialah main boling...hehehe... semua org main mlm tu kecuali mak tok.. huhu

minah kenit + kakak ma pun ada.. maryam sgt teruja bila nampak bola kuar dr situ.. muahaha


ada gaya x? sy syg jejaka ini sgt2 :P

maryam tgk acu plak.. sibuk nak tolong pilih bola..

lepas main boling layan indoor plak.. maryam cam biasa naik ride tanpa rasa bersalah jemu :)

malam tu bapak sejuknya... nasib maryam nak dok dlm stroller dia..lega.. sy dah x tahan getar.. uihh rasa nak terbang..angin punya kuat..

seri + maryam.. geram tgk seri yg debab nih..


nak gak tayang muka sy dan jejaka kesayangan ini...:P

ok nanti sambung lg.. byk pic dlm kamera en abu..


Thursday, July 23, 2009

salam semua

hadoi sedihnya la..hati meronta2 utk meghapdet blog kesayanganku ini tp x sempat nak buat apa..byk sggh cerita pending.. basi cam tu jek.. ngan x sihatnya.. lama dah x kena teruk camni.. kali ni mmg teruk sgt rasa badan.. sampai rasa nak nangis bila sampai umah mlm2..

20-22 julai baru ni sy kena p DL5, persidangan digital library ke 5 kt KL. masa tulah tetiba sihatnya.. klu x sebab dah opis bayar, mahal plak tu.. mmg sy mc dah.. pagi2 naik komuter.. ngan ramai sesak sggh.. :( pastu batuk2 x hengat.... matilah org ingat haku ni kena H1N1.. hari isnin + selasa x de sora.. nasib baik x kenal org so.. x kisah la klu x bckp pun :P ... tp sgtlah seksa... udah batuk mesti minum air nak kasi lega.. klu dah minum air + sejuk tentu la = tandas jawapan nya.. balik2 muka sy yg p toilet.. balik2 sy yg bangun p toilet.. huhuhu mak cik malu tau..

rasanya start x berapa nak sihat dr mggu lepas.. pastu jumaat lepas cuti p janjitemu maryam kt kinik ENT.. al-hamdulillah semua ok.. so monitor je la.. pastu ptg tu blk a.star... ada urusan keluarga plak.. start dr sana mmg sakit tekak.. pastu mcm nak demam sket2.. tp masih tkawal.. nak kata mkn rambutan/durian x sgt.. sy mmg agak bjaga2.. x pulun terus.. hurmm..


sampailah hari ni sy masih x sihat... nak kata demam x demam... selsema kdg2 on/off tp batuk x hilang ... klu dah mula batuk susah sgt nak berenti.. :( sampai sakit rasa dlm perut.. ubat batuk? erkk sowi sy x suka makan ubat batuk... :P sy cuma minum ECPI + mkn ubat selsema...minum air asam jawa.....ingat jap lg nak p kinik tp bila tgk keja yg byk ni..tetiba rasa sihat :( blk umah mlm ni mesti letih gila.. mggu ni plak family day nasib baik dekat je... harap2 sy makin sembuh.. ada 2 hari lg..

ramai yg tego sy makin kembang :(( huhuhu

Wednesday, July 15, 2009

SAMA2 KITA INGAT MENGINGATI...

jagalah solat utk org yg cuai solat,
solatlah utk org yang tak solat
solatlah diawal waktu utk yg solat diakhir waktu dan sengaja lambat2kan solat,
solatlah sebelum kita disolatkan,

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh. Jadi warna biru muda atau
waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak
dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada
tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal
waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna
hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali
dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna
oren, iaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,
uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren
ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang
lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh
organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana
mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya
berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan)
berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib
atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di
mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada
dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada
waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam
kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,
merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t
mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang
sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

Wallah Hu 'aklam.


dapat ni suma daripada email :)



Friday, July 10, 2009

Pokok2 yg km tanam...

ini adalah antara tanaman yg ada didalam pasu di dpn rumah km.. km dok aparment je haruslah suma buh dlm pasu.. klu dpt umah ada tanah ..uihhhh syoknya harus mcm2 sayur sy tanam nih.. erkk sy tanam je tau..yg jg, siram + baja tentulah my laling ..hohohoho matilah klu en abu baca... serius sy ada banyak sket malas nak buat suma2 tu... yelah blk ptg bz..nak angkat jemuran, nak masak, nak kemas sket2... siram pokok2 ni mmg en abu yg buat pg + ptg/mlm... sihatlah hendaknya.. :P


ni pokok kobis.. mmg beli yg dah idup..sepokok rm10...masa nak beli ni tgk mcm2 lg pokok sayur ada.. geramsss gile... rasa nak angkut suma.. tp kang marah plak jiran haku.. thn je hati..beli ni jek.. ingat pasni nak beli pokok terung, bendi + kacang panjang.... sonotnya.. bii, pelissssssssss
( sambil kenyit mata nih )


ni pokok cili en abu..erkk sy tatau sejarah..tetiba tgk dah besar.. huhuhu ada magik ke hapa bii? dah ada buah ye.. tggu masak nak petik buat sambal belacan.. mesti sedapkan bii??? dah penah mkn 2 biji..pedas owhhhh...


pandan, limau purut, kari & kunyit

pokok2 ni mmg dah lama tanam.. tp kementot gak.. hurmm baja dah buh maybe pasal kurang kena cahaya matahari kot.. sian pokok2 nih kan.. tu daun limau purut agak2 sesak boleh je rembat buat tomyam... kan kan kan? daun kunyit buat msk tempoyak..pandan buat nasi lemak + bubur.. bulan posa ni sgt2 bguna.. serai pun ada tp tanam kt bwh..kt tepi pagar..supaya x ganggu org...



Wednesday, July 08, 2009

:: Epal ::


mggu lepas blk raub... p la tong fat ...tong fat ni ala2 cam econsave..raubkan pekan koboi xde nya supermarket2 nih..huhuhu... pastu sekali tgk ramai gile org serbu kt bahagian buah-buahan..tang epal hijau ni.. sy buat dek je..pastu x puas hati awat derang berebut2 ??? rupa2nya murah gile epal hijau ni... nak tau bape? sebiji 20 sen .. erkk apa lg sy pun join samalah.. hehehe beli 20 biji jek.. rm4.. murah2.. kt pasar mlm 9/10 biji rm5.. kt gaint dpt la kdg2 rm4.99=10 biji ..kdg2 sy tgk 5.99 ...ni amik 20biji rm4... huhu rasa nak borong je lg..tp kang takut x sedap plak simpan lama2... sonoknya sy dah ada stok epal yg byk utk mggu ni.. yiehaaaa.. syukur al-hamdulillah


Tuesday, July 07, 2009

POYA2 @ Pameran Kereta

06.07.09 4pm - pameran kereta antik @ PERDANA LEADERSHIP FOUNDATION
jgn tanya nama2 keta ni + thn dikuarkan.. sy mmg x tahu apa.. yg penting keta2 yg ada suma cantek ada dlm 40 ++ buah rasanya... depa nak jumpa TDM + TDSH..TDM belum tgk km dah bz kuar amik pic..hihihi



cun keta ni.. feeling jap wpun kejap je naik..


ni pun cun gak..adoii rasa x mo turun dah..cermin yg kenit tu made in England..pecah naya je haku..


yg ni pun ramai org serbu.. lawo tp x berani nak masok.. klu x lama dah dok dlm keta nih..hehehe


eksyen je tu sampai tonggek ahaksss..x sentuh pun keta kuning nih.. kang marah plak tuan keta..TDM nak tgk pastu penuh cap jari km je..


keta ni mcm yg TDM ada klu x salah la.. mmg lawa la kaler putih nih..geramssss


hehehe merasa dok dlm keta ni..tuan keta kasi km naik..



Monday, July 06, 2009

naik nih lagi



mcm biasa klu p mana2 tempat yg ada binatang menatang nih..sure minah kenit ni nak naik.. tp masalahnya dia naik tanpa perasaan..hehehe senyum x.. muka selamber je.. baik x yah naik dik oii... klu anak org lain dia melambai ke hapa kt mak pak..anak km nih.. diam je..pastu buat muka seposen.. huhuhu ..masa nak naik x sabo2.. silap2 leh nanes kt situ klu km ajak p tempat lain dl.. bila dah naik, xde nampak muka teruja pun... hurmm pelik2.... ni main kt gaint kota damansara...


Friday, July 03, 2009

hentam sajelah

x de benda nak hapdet..hehe pic atas ni nak tunjuk rambut maryam dah leh ikat.. cepat gak panjang..klu mood dia baik mcm sepanjang mggu ni leh la biarkan rambut dia panjang..hehehe ingat nak potong rambut dia klu blk raub.. tp tangguh dl la nampaknya..


ni plak amik masa km p genting sempah anta mak tok n sambut besday mak tok masa bulan lepas..saje tepek pic ni konon2 berseni gitu...akekekeke


kt bwh ni plak makanan2 yg sy beli @ dpn Uniten tu.. klu p situ mulalah nak borong mcm2..geram suma nampak sedap + masih panas2.. nafsu gelojoh makan kuat sggh

masalodeh ..yg sedap...

ubi kayu goreng...

bayam goreng..



Wednesday, July 01, 2009

ujung mggu...



hujung mggu br ni km x kemana-mana pun..takot selsema babi H1N1..eeeee minta dijauhkan.. so km hanya melepak kt umah..mkn tido, tgk tv..ptg kuar jap p kedai.. blk umah.. tu je..sy plak byk keja ..kata cuti kan..masa jg maryam so byk la keja yg tertggh..buatlah kt umah....bgerak gak keja... huhuhu

hehehe sham, aku dah try buat Macaroni Carbonara Mushroom Alysya ko itu ...setappp hehe tp x guna daging pasal xde pastu aku letak ayam je..tu pun sikit pasal maryam gatal2 so aku pantangkan dl ayam utk dia.. tu yg nampak kosong la sket ..tp sedapppppppp gak..hehehe tenkiu..dpt tekak aku cuba sesuatu yg baru... yg lawaknya maryam boleh kt..mama kite mkn hidung ke? tiap kali suap..tiap kali tu la dia ckp mama kita mkn hidung ke? hahahaha ada rupa lubang hidung ke? heran aku....



ni pic ahad lepas... erkkk jendul rupanya anak aku...hahaha Al-hamdulillah maryam makin sihat.. makan + minum suma ok... km dah tukar bg maryam sustagen semula.. harap2 pasni x sembelit dah..n maryam berisi sket .... maryam minum air kosong byk tp still sembelit..hurmmm... kt umah dia still merungut kata x sedap susu dia tp kt taska elok je dia minum... penuh satu botol blh je abeh... oklah so mlm x risau sgt klu dia x minum ...kt taska kurang2 3 kali dia minum susu.... terima kasih pd suma yg doakan maryam sihat... harap2 doa kite suma di makhbulkan..Aminnn....


Related Posts with Thumbnails