Followers

Tuesday, April 29, 2008

hepi besday bi..


To the most special in our life...we just want to say that blassed to have you in our life!... hepi besday ayah ...with loves mama&adik

Thursday, April 24, 2008

besday maryam @ house (flora)






mama beli kek laici ..sedap gak..maryam suka sgt masa mama&ayah nyanyi lagu besday..siap 2 kali tiup lilin tu...hehehe..

Tuesday, April 22, 2008

Lepak @ Tasik Shah Alam & McD





Maryam&Co, Hirda&Hardy, Sab&Co, Niza&Kanda, As&Co n Ila&Afiq kuar sama2 ptg sabtu baru ni 19/04/08 seronok gak tp banyak nyamuk arrr kt tasik tu.... terus tukar plan p McD plak...hurmmm len kali kite p tempat yg mommies leh sembang lama2 ok...hahahaha...tempat ekon ek..panas ...

Thursday, April 17, 2008

HePI 2nD BesDAy MarYAm

Tuesday, April 15, 2008

BeNCi Ke?

"jangan kamu melampaui batas dalam membenci seseorang kerana mungkin Tuhan lebih menyukai dia daripada kamu.."

Wednesday, April 09, 2008

Mencari sahabat sejati...

Cerita yang menarik mengenai betapa sukarnya untuk mencari seorang sahabat sejati walaupun ianya darah daging sendiri.. Begitulah ragam manusia, apabila senang ramai manusia akan mengerumuni tapi bila susah sorang pun tak nak dekat.. Huhuhuhuhu…

Memang diakui memang sukar untuk mencari sahabat.. Kawan memang ramai tapi dalam banyak-banyak kawan tu belum tentu satu pun yang akan terus menjadi sahabat anda sehingga akhir hayat.. Malahan pasangan anda juga tidak semestinya akan menjadi seorang sahabat..

Dalam mencari sahabat kadang-kadang kita sentiasa ditipu dengan tingkah laku seseorang.. Rakan yang disangka sahabat sanggup menikam kita tatkala kepercayaan diberi manakala rakan yang disangka musuh sanggup menghulurkan bantuan.. Memang dunia ni penuh dengan keunikan.. Setiap insan memiliki personaliti yang berbeza..

Akan berjumpakah saya dengan sahabat sejati?? Adakah ianya masih wujud di alam maya ini atau mungkin saya terlepas pandang dan tidak tahu menilai sahabat.. Mungkinkah saya agak cerewet dalam memilih sahabat?? Wallahualam..

copy dr blog ligakampung ......umm akan berjumpakah sy dgn sahabat sejati?

Friday, April 04, 2008

Harian Metro - Online

Minda: Mengatasi kesedihan ketika ditimpa musibah

MEMILIKI hati yang tenang, bahagia dan hilangnya rasa gundah-gulana adalah sesuatu sangat diinginkan setiap insan. Insan yang berakal menurut Syeikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa’di Rahimahullah dalam bukunya, ‘Al-Wasaailu al-Mufaidah lil Hayatatis Sa’idah’ ialah: “Mengetahui bahawa kehidupan sebenarnya yang dijalani dengan bahagia dan tenang. Kehidupan ini pendek sekali dan tidak sepatutnya dipenuhi kesedihan dan dalam kesusahan”.

Jika seorang hamba Allah ditimpa musibah atau takut menghadapi musibah, dia hendaklah membandingkan antara nikmat yang diperoleh baik dalam urusan agama atau dunia dengan musibah yang menimpanya.

Dengan membuat perbandingan itu, jelaslah baginya betapa banyak nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya.

Selanjutnya Syaikh as-Sa’di menyarankan: “Hendaklah juga membandingkan antara kemungkinan risiko yang menimpa dengan banyaknya kemungkinan dapat diselamatkan daripadanya. Jangan sampai kemungkinan yang lemah dapat mengalahkan kemungkinan kuat dan banyak. Dengan demikian, akan hilanglah kesedihan dan perasaan takut”.

Setiap insan juga perlu memperhitungkan perkara paling besar yang dapat menimpa kemudian menyiapkan mental untuk menghadapi apabila terjadi serta berusaha mencegah yang masih belum terjadi dan menghilangkan atau paling tidak meminimumkan musibah yang sudah terjadi.

Apabila seseorang dihadapkan dengan ketakutan, sakit, kekurangan atau tidak tercapai keinginannya, dia hendaklah menghadapinya dengan tenang dan menyediakan mental mencukupi, malah dia harus bersiap menghadapi keadaan lebih berat sekalipun.

Sesungguhnya persiapan mental dalam menghadapi musibah akan memperkecilkan musibah itu dan menghilangkan bebanannya.

Apa yang lebih penting ialah selalu memperbaharui kekuatan menghadapi musibah disertai dengan tawakal dan yakin kepada Allah.

Jika hati bersandar kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya, tidak menyerahkan kepada prasangka buruk, tidak dikuasai khayalan negatif dan yakin atas kurniaan Allah, pasti akan terusirlah perasaan sedih dan mampu menghilangkan pelbagai penyakit fizikal dan jiwa.

Hati boleh mendapat kekuatan, kelapangan dan kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan.

Ramai orang yang tabah hatinya tetapi masih terpengaruh dengan prasangka buruk dan khayalan, apatah lagi orang yang memang lemah hatinya.

Betapa hal berkenaan sering menyebabkan kedunguan dan kegilaan.

Firman Allah bermaksud: “Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya”. (Surah Ath-Thalaq: Ayat 3).

Ertinya Allah akan mencukupkan untuknya semua apa yang dia perlukan daripada urusan agama dan dunianya.

Oleh itu, orang yang bertawakal kepada Allah hatinya menjadi kuat, tidak dapat dipengaruhi prasangka buruk, tidak dapat digoncang oleh peristiwa yang terjadi kerana dia tahu, termasuk tanda lemahnya jiwa dan perasaan takut tidak beralasan.

Dia tahu Allah akan menjamin sepenuhnya orang yang bertawakal kepada-Nya. Dia yakin kepada Allah dan tenang kerana percaya akan janji-Nya.

Dengan demikian, hilanglah duka dan gelisah. Kesulitan berubah menjadi kemudahan, kesedihan menjadi kegembiraan dan perasaan takut menjadi keimanan.

*** suke artikel ni..sgt sesuai buat sy yg stress ya Amat ketika ini..semoga Allah permudahkan segala urusan saya...Amin

Wednesday, April 02, 2008

Video 1st Besday Maryam

Ni video masa sambut besday maryam yg pertama. kami sambut 3 beranak jek..hehe 1st time ayah bg maryam mkn kek besday sendiri..separuh tu abeh maryam makan + main (yg lebih) hehehe..geram tgk muka maryam..rasa masa ni dia tembam sket..

Tuesday, April 01, 2008

Budak Comot&Co jenjalan (part II) :P



Related Posts with Thumbnails