Followers

Wednesday, March 21, 2007

Penawar...

Segalanya ada dlm AlQuran:-

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :Surah Toha ayat 1-5


Supaya Suami tak kawin lain :Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah 1 minit untuk mengingat Allah*

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* * SUBHANA'LLAH

* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN

Tanda-tanda sebelum kita meninggal


" Tanda 100 hari menjelang meninggal " Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sadari oleh mereka yang dikehendakinya. ..... Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyedari atau tidak.....Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.... .. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat...Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

" Tanda 40 hari " Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ...Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika...Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.. .......

" Tanda 7 hari " Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...

" Tanda 3 hari " Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.... Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi... Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan...

" Tanda 1 hari " Akan berlaku sesudah asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya....

" Tanda akhir " Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian Halkum... Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...

SESUNGGUHNYA MENGINGATI MATI ITU ADALAH BIJAK

Tuesday, March 20, 2007

Anakku sayang

Akum semua,

Tetiba teringat anak yg amat org kasihi...dia lah si jantung hati dan penawar duka...sebenarnya org dlm mood sedih ni..pasal td tetiba terbuka website seorg ibu yg kehilangan anaknya...sapa nak baca p la klik kat mama n papa alesha... huhuhuhu sedihhhhhhhhh...

Ya-Allah panjangkanlah usia anakku, kurniakanlah kesihatan yg baik baginya serta limpahkanlah ihsan-Mu kepadanya...Ya-Allah sayangi dan lindungilah anakku dari segala bahaya..sesungguhnya hanya Kau yg maha mengetahui betapa kasih dan sayangnya aku terhadap kurnian Mu itu....Aminnnn

mama sayang adik!!!

Related Posts with Thumbnails